UPM Institutional Repository

Faktor yang menentukan niat melakukan amalan tidak beretika dalam kalangan pekerja bengkel industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia


Citation

Hamid, Umi Naizirah (2015) Faktor yang menentukan niat melakukan amalan tidak beretika dalam kalangan pekerja bengkel industri pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Industri penyelenggaraan bermotor merupakan industri perkhidmatan yang penting kepada pengguna. Pertambahan jumlah kenderaan yang didaftarkan dan jumlah pemandu berlesen dari tahun ke tahun menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan ini. Kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Hunt dan Vitell dan Teori Jones bagi mengukur faktor-faktor yang menentukan niat untuk melakukan amalan tidak beretika. Faktor tersebut ialah sosio-ekonomi (tahap pendidikan dan pendapatan), pegangan agama, kepekaaan terhadap etika, kesan terhadap risiko, tekanan sosial dan ideologi moral. Dua senario telah dibentuk iaitu pengunaan alat ganti berbahaya dan pengubahsuaian berbahaya. Responden adalah dalam kalangan 300 orang pekerja bengkel. Dapatan kajian menunjukkan pendapatan responden adalah dalam lingkungan RM1001-RM2000 dan tahap pegangan agama responden adalah sederhana. Bagi kepekaan pula menunjukkan responden peka terhadap kedua-dua senario. Seterusnya responden juga tidak berniat untuk menggunakan alat ganti berbahaya dan pengubahsuaian berbahaya. Faktor peramal yang mempengaruhi niat responden bagi senario penggunaan alat ganti berbahaya ialah kesan terhada risiko dan idealisme. Manakala bagi senario pengubahsuaian berbahaya ialah kesan terhadap risiko dan tekanan sosial. Faktor peramal yang terkuat bagi kedua-dua senario ialah kesan terhadap risiko. Oleh itu,di dalam program-program pendidikan yang diadakan wajarlah diberi penekanan terhadap bahaya yang timbul akibat penggunaan alat ganti berbahaya dan pengubahsuaian berbahaya. Kajian ini memberi implikasi kepada program pendidikan, kementerian dan norma masyarakat sejagat, kawal selia dalam industri dan penggubalan polisi serta undang-undang yang lebih komprehensif untuk memberi pendidikan kepada pekerja bengkel.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2015 21IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Automobile industry workers
Subject: Moral and ethical aspects
Subject: Maintenance and repair - Safety measures - Training of
Call Number: FEM 2015 21
Chairman Supervisor: Elistina Binti Abu Bakar, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 02 Jan 2018 05:46
Last Modified: 02 Jan 2018 05:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58237
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item