UPM Institutional Repository

Integrasi bahasa Melayu standard dalam dialek Melayu Sarawak dan bahasa Iban


Citation

Yahya Sawek, Radna Wismawati Muhibah (2015) Integrasi bahasa Melayu standard dalam dialek Melayu Sarawak dan bahasa Iban. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kontak bahasa sering dihubungkaitkan dengan gangguan bahasa. Perkaitan sedemikian rupa menyerlahkan resapan bahasa yang dianggap negatif. Sebaliknya, penyelidik berpendapat resapan bahasa adalah sebahagian daripada proses integrasi bahasa. Bertitik tolak daripada permasalahan kajian ini, penyelidik menjalankan satu kajian dengan tujuan mengenal pasti integrasi bahasa menerusi bentuk fonik dan leksikal,faktor psikolinguistik, faktor sosiolinguistik serta tahap integrasi bahasa Melayu sebagai bahasa sumber dalam bahasa Iban(BIb) dan bahasa Dialek Melayu Sarawak(DMS). Populasi guru pelatih dari kawasan Kuching, Kota Samarahan, Rajang dan Miri di Sarawak telah menjawab soal selidik. Selain tinjauan, penyelidik turut melaksanakan temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa bentuk fonik dan leksikal bahasa Iban dan Dialek Melayu Sarawak yang terhasil daripada integrasi dengan bahasa Melayu Standard. Persamaan kosa kata asas bahasa Iban yang mirip bahasa Melayu selaku kata kognat adalah sebanyak 65 peratus, manakala untuk Dialek Melayu Sarawak hanya 72 peratus. Data daripada faktor psikolinguistik menunjukkan responden ialah penutur yang bersikap positif terhadap bahasa Melayu dan menunjukkan motivasi integratif. Data faktor sosiolinguistik lebih tinggi, iaitu semua (100%) responden bersetuju bahawa jika ada bahasa dan idiolek yang bertindak sebagai simbol kepunyaan disusuli pengiktirafan masyarakat, ini akan menggalakkan minat yang kuat dalam kalangan pendatang untuk memperoleh bahasa Melayu. Pekali korelasi bagi pasangan pemboleh ubah bahasa Melayu dengan bahasa Iban dan Dialek Melayu Sarawak adalah tinggi, iaitu negatif 0.998. Data ini ditafsirkan sebagai semakin banyak penutur bahasa Iban dan Dialek Melayu Sarawak menerima kata serapan bahasa Melayu semakin berkurangan kosa kata asli bahasa ibunda mereka. Kesedaran tentang kebaikan integrasi bahasa untuk membina negara bangsa perlu dipupuk dengan mengadakan bengkel dan seminar kerana sikap responden yang mewakili masyarakat peribumi di Sarawak adalah positif terhadap bahasa Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 51RR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Malay language - Dialects
Call Number: FBMK 2015 51
Chairman Supervisor: Prof. Madya Noor Aina Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 24 Oct 2017 07:30
Last Modified: 24 Oct 2017 07:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57871
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item