UPM Institutional Repository

Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia


Citation

Chong, Oi Chin (2015) Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini memfokuskan perbandingan metabahasa dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) 2010 dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat (KBBI4) 2011. Fokus utama tesis ini adalah untuk menghuraikan penggunaan medan maklumat,menjelaskan pemerian makna bahasa objek, menganalisis cara persembahan bahasa objek, dan mereka bentuk konvensi leksikografi untuk penambahbaikan penyusunan kamus ekabahasa Melayu. Sebanyak 1087 kata entri yang dijadikan sebagai data kajian. Kajian ini menggunakan kerangka prinsip umum leksikografi, model medan maklumat,dan pendekatan konvensi leksikografi untuk mengenal pasti dan menganalisis metabahasa dalam proses penyusunan kamus ekabahasa serta hubung kaitnya pemerian makna bahasa objek dengan berpandukan Teori Analisis Komponen Makna. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam penyelidikan ini untuk menganalisis hasil dapatan yang diperoleh. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan medan maklumat memang wujud perbezaan dari segi susunan atau kedudukannya, selain telah memasukkan maklumat asas yang sepatutnya dalam sesebuah kamus ekabahasa selaras dengan model medan maklumat yang disyorkan oleh Dale Edgar et. al. (1971). Selain itu, kamus ekabahasa Melayu mempunyai bahasa objek dan metabahasanya yang sama,iaitu bahasa Melayu. Pemerian makna bahasa objek pula terbahagi kepada lima jenis, yang dapat menyingkap persamaan dan perbezaan komponen maknanya. Seterusnya,dari aspek cara persembahan bahasa objek, penyelidik mendapati bahawa KD4 dan KBBI4 telah memasukkan semampat maklumat bagi sesuatu entri dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu dan teknik mampatan. Namun, kaedah kesejadian atau keidiomatikan bahasa hanya digunakan oleh KD4 secara tidak tekal tetapi tidak dalam KBBI4. Akhir sekali, penganalisisan konvensi leksikografi yang merangkumi kod pelabelan, penggunaan kata, dan pengungkapan definisi telah membantu penyelidik mereka bentuk rajah ciptaan sendiri dengan memasukkan semampat maklumat dalam kerangka informasinya. Sementara itu, perbandingan kedua-dua buah kamus telah dilaksanakan dan membuktikan bahawa wujud persamaan,perbezaan, dan kekurangan atau kelemahan dalam metabahasa. Secara keseluruhannya,penggunaan metabahasa boleh menjadi ukuran atau kriteria penting dalam penentuan keberhasilan sesebuah kamus ekabahasa Melayu yang bermutu.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 41RR.pdf

Download (917kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Metalanguage
Subject: Linguistic analysis (Linguistics)
Call Number: FBMK 2015 41
Chairman Supervisor: Profesor Madya Vijayaletchumy a/p Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 23 Oct 2017 08:40
Last Modified: 23 Oct 2017 08:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57834
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item