Simple Search:

Aplikasi takmilah dalam dewan Imam As-Syafie


Citation

Ali, Muhamad Fairuz (2015) Aplikasi takmilah dalam dewan Imam As-Syafie. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Puisi adalah salah satu daripada komponen sastera yang utama. Keutamaan puisi terletak pada irama dan bentuknya yang menitikberatkan nilai keindahan. Puisi Islam pula bukan sahaja berfungsi dalam mempengaruhi manusia menerusi keindahan makna dan lafaz, lebih daripada itu, ia perlu berfungsi dalam segenap aspek bagi menghasilkan kesan yang positif kepada khalayak. Oleh itu, sesebuah puisi seharusnya memenuhi beberapa ciri tertentu bagi melengkapi sebuah puisi Islam yang benar-benar memberi kesan kepada khalayak. Justeru, kajian ini akan mempamerkan kesempurnaan puisi Imam as-Syafie RA melalui aplikasi teori Takmilah sebagai kayu ukur bagi mengkaji kualiti kesempurnaan puisi Islam. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti unsur ketauhidan, kerasulan dan Islam yang terdapat dalam Dīwān al-Imām as-Syafie, selain menganalisis aspek sastera dan estetik yang terdapat dalam puisi beliau. Peranan Imam as-Syafie RA dan sumbangan beliau melalui puisi juga turun menjadi objektif kajian ini. Kolerasi antara puisi Islam serta pengaruh unsur Islam masih menjadi fokus utama dalam pembentukan sesebuah puisi bagi memberi kesan positif yang lebih di minda pembaca. Oleh itu, kajian berbentuk kepustakaan ini akan cuba merungkai kesan sinergi antara Dīwān as-Syafie melalui aplikasi teori Takmilah yang mendasari sesebuah puisi Islam. Hasil analisis menunjukkan semua prinsip teori Takmilah ditemui dalam Dīwān as-Syafie, bahkan puisi beliau lebih menonjol dan melebihi prinsip-prinsip dalam teori Takmilah ini. Objektif kajian juga tercapai iaitu dengan adanya unsur ketauhidan, kerasulan dan Islam dalam Dewan Imam as-Syafie. Ini disusuli dengan unsur sastera yang menghubungkaitkan dengan cabang ilmu lain seperti ilmu perubatan, biologi, sains, tasawuf, dan beberapa cabang ilmu lagi. Dewan Imam as-Syafie ini juga memperlihatkan adanya nilai estetika yang baik dari segi keindahan lafaz serta makna, selain peranan Imam as-Syafie RA itu sendiri sebagai penyair yang sentiasa memperbaiki diri serta menyampaikan dakwah kepada masyarakat tidak kira apa juga cara termasuk melalui puisi.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 19RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic poetry
Subject: History and criticism
Call Number: FBMK 2015 19
Chairman Supervisor: Che Radiah Mezah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 20 Sep 2017 08:33
Last Modified: 20 Sep 2017 08:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57424
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item