Simple Search:

Money boy: masalah sosial era generasi Y


Citation

Sabran, Mohammad Shatar (2015) Money boy: masalah sosial era generasi Y. [Inaugural Lecture]

Abstract / Synopsis

Money boy merupakan satu jelmaan baru masalah sosial dalam kalangan generasi Y pada hari ini. Money boy merupakan golongan lelaki muda yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun yang menawarkan pelbagai perkhidmatan terutamanya perkhidmatan seks kepada pelanggan lelaki untuk tujuan mendapatkan wang tambahan ataupun imbuhan. Keterlibatan lelaki muda dalam aktiviti money boy inijuga didorong oleh kesempitan hidup dan juga nafsu yang menyukai sesama jenis. Untuk membolehkan seseorang lelaki menjalankan aktiviti sebagai money boy, mereka perlu mempunyai kriteria tertentu, Di antara ciri-ciri untuk menjadi seorang moneyboy ialah mereka perlu mempunyai rupa paras dan bentuk badan yang menarik, pandai berkomunikasi, masih dalam peringkat remaja dan bercirikan ciriciri metroseksual. Kemampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa lnggeris merupakan elemen tambahan kepada money boy. Ramai dalam kalangan remaja lelaki yang berminat untuk." terlibat dengan aktiviti money boy ini kerana pendapatan yang diperolehi daripada perkerjaan ini amatlah memuaskan. Kadar bayaran perkhidmatan money boy ini berbeza-beza mengikut persetujuan bersama di antara money boy dan pelangggan mereka. Secara umumnya, setiap money boy mampu memperolehi pendapatan bulanan sehingga RM5000 dan ini tidak termasuk pelbagai hadiah yang diperolehi seperti kereta, hand phone dan percutian dalam dan luar negara. Bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan money boy ini meningkat pada setiap hujung minggu. Untuk tujuan pengiklanan, kaedah yang sering digunakan oleh money boy untuk mendapatkan pelanggan ialah dengan menggunakan kemudahan leT dan media massa. Diantara medium yang sering digunakan oleh mereka ialahfacebook, twitter, blog, website dan juga surat khabar. Walaupun ada dian tara money boy yang menggunakan perkhidmatan orang ketiga untuk mendapatkan pelanggan, tetapi jumlahnya amatlah sedikit. Walaupun isu yang memaparkan aktiviti money boy ini masih baru dalam kalangan ahli masyarakat di negara ini, sambutan yang diterima oleh money boy amatlah tinggi. Permintaan untuk mendapatkan perkhldmatan money boy ini akan meningkat pada hujung minggu. Majoriti daripada golongan yang mendapatkan perkhidmatan money boy ini adalah terdiri daripada lelaki yang berumur di antara 40-an dan 50-an dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Selain daripada itu, kumpulan ini mempunyai kemahiran r:' dalam komunikasi dan'mempunyai perwatakan yang baik. Mereka juga mudah mesra dan mampu mempamerkan kasih sayang kepada golongan money boy. Oleh kerana aktiviti money boy ini dijalankan secara sulit dan tersembunyi, agak sukar kepada masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab untuk membenteras masalah ini daripada berlaku. Walau bagaimanapun, us aha untuk membendung masalah ini daripada berterusan perlu dilaksanakan agar ianya tidak menjadi lebih serius. Untuk mencapai tujuan tersebut, semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah dan ahli masyarakat perlulah melaksanakan konsep ambil tahu kepada aktiviti-aktiviti remaja pada hari ini. Sebarang aktiviti yang mencurigakan perlulah diambil tindakan susulan agar aktiviti yang tidak bermoral seperti money boy ini dapat ditangani dengan baik


Download File

[img]
Preview
PDF
Mohammad shatar sabran.pdf

Download (16MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Inaugural Lecture
Divisions: Universiti Putra Malaysia
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Money boy; Social problem; Mohammad Shatar Sabran
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 09 Oct 2017 09:40
Last Modified: 09 Oct 2017 09:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57405
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item