UPM Institutional Repository

Gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan dalam novel Saga


Citation

Mohd Kiram, Norazlina and Raja Ariffin, Raja Masittah and Zakaria, Jama'yah (2017) Gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan dalam novel Saga. Akademika, 87 (2). pp. 77-87. ISSN 0126-5008; ESSN: 0126-8694

Abstract

Dalam budaya konteks tinggi, penjagaan ‘air muka’ sangat penting kerana berkait rapat dengan maruah dan harga diri yang menjadi asas kepada berlakunya konflik. Konflik berlaku akibat daripada perbezaan matlamat, nilai dan persepsi individu. Dalam institusi kekeluargaan, konflik tidak dapat dielakkan namun boleh ditangani dengan menggunakan gaya pengurusan konflik yang sesuai. Gaya pengurusan konflik bergantung pada persepsi seseorang itu terhadap konflik yang wujud dengan melihatnya sebagai sesuatu yang negatif, positif atau peluang untuk menjadi lebih kreatif. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan serta merumuskan gaya pengurusan konflik yang dapat mengelakkan berlakunya perpecahan dalam keluarga. Data diambil daripada sembilan peristiwa dalam novel, SAGA karya Abdul Talib Mohd. Hassan dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan. Kajian ini menggunakan Teori Pengurusan Air Muka Ting-Toomey dengan menumpukan kepada gaya pengurusan konflik. Terdapat lima gaya pengurusan konflik, iaitu mengelak, obligasi, kompromi, dominasi dan integrasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konflik berlaku disebabkan perasaan aib dan malu yang menjejaskan ‘air muka’ individu dan keluarga. Setiap gaya pengurusan konflik yang dipilih akan memberikan kesan sama ada positif atau negatif terhadap hubungan kekeluargaan. Kajian juga mendapati, personaliti individu mempengaruhi gaya pengurusan konflik dan memberi kesan terhadap keharmonian keluarga.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan dalam novel Saga.pdf

Download (50kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Conflict; Conflict management style; ‘Face’; High context culture; Family institution
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 08 Sep 2017 04:05
Last Modified: 08 Sep 2017 04:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57136
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item