UPM Institutional Repository

Adaptasi penjaga utama dalam penjagaan pesakit demensia


Citation

Mukahar, Rohana and Ibrahim, Rahimah and Pondar, Azizah and Abdullah, Siti Suhailah (2017) Adaptasi penjaga utama dalam penjagaan pesakit demensia. Akademika, 87 (2). pp. 5-17. ISSN 0126-5008; ESSN: 0126-8694

Abstract

Malaysia akan diwartakan sebagai negara menua apabila populasi warga emas dikatakan terus meningkat dari semasa ke semasa. Ini adalah indikasi yang menunjukkan bahawa semakin ramai warga emas akan menghidap demensia, maka semakin ramai dikalangan kita akan menjadi penjaga kepada warga emas demensia yang memerlukan bantuan. Tujuan kajian kualitatif ini dijalankan ialah untuk memahami dan menghuraikan bagaimana penjaga utama kepada warga emas yang menghidap demensia mengadaptasi diri dengan situasi penjagaan yang mencabar. Kajian kualitatif dengan pendekatan fenomenologi telah dipilih sebagai panduan untuk melaksanakan kajian ini. Kriteria inklusif peserta yang dipilih untuk kajian ini ialah penjaga yang menjaga pesakit demensia tahap ringan ke sederhana, berumur 21 tahun ke atas, dan menjadi penjaga utama kepada pesakit demensia. Sepuluh orang penjaga utama yang menemani pesakit demensia di tahap ringan ke sederhana mendapatkan rawatan di Klinik Memori di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan Malaysia telah ditemubual. Hasil kajian mendapati penjaga utama mengadaptasi diri dalam penjagaan dengan bertenang, berserah kepada Tuhan, bertindak menyelesaikan masalah, dan mengelak situasi penjagaan. Adaptasi mengelak situasi penjagaan merupakan cara yang paling banyak digunakan oleh penjaga utama dalam penjagaan pesakit demensia bagi mengurangkan tekanan dan meringankan beban yang ditanggung. Cara penjaga utama mengadaptasi diri dalam situasi penjagaan masih kurang berkesan untuk mengurangkan tekanan dan beban penjagaan. Mereka masih memerlukan bantuan dan sokongan dari keluarga dan rakan apabila menghadapi tekanan dalam penjagaan. Oleh sebab itu hasil kajian ini mencadangkan kepada pihak yang memberikan perkhidmatan kesihatan dan pihak lain yang berkenaan supaya menubuhkan satu kumpulan sokongan khas buat penjaga pesakit demensia. Kumpulan sokongan ini boleh dijadikan sebagai tempat untuk penjaga berkongsi pengalaman dalam penjagaan sesama mereka, dan sebagai tempat untuk penjaga meluahkan perasaan dalam penjagaan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Adaptasi penjaga utama dalam penjagaan pesakit demensia.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Malaysian Research Institute on Ageing
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Primary caregiver; Dementia patients; Adaptations in caregiving; Qualitative study; Caregiving of dementia patients
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 08 Sep 2017 04:05
Last Modified: 08 Sep 2017 04:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57135
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item