Simple Search:

Analisis kesilapan dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar asing


Citation

Yong, Chyn Chye and Subramaniam, Vijayaletchumy (2012) Analisis kesilapan dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar asing. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 12 (2). pp. 667-692. ISSN 1675-8021

Abstract / Synopsis

Kajian ini menyelidik kesilapan leksikal dan mengklasifikasikan jenis kesilapan dalam aspek fonologi yang dilakukan oleh pelajar asing dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Kedua-dua pendekatan analisis kontrastif dan analisis kesilapan diaplikasikan dalam penulisan pelajar asing yang berasal dari Botswana, China, Iran dan Indonesia. 75 orang pelajar asing ini telah mengikuti kelas Bahasa Kebangsaan B selama empat belas minggu. Ujian penulisan dan pemerhatian selama lapan minggu digunakan dalam proses pengumpulan data. Sebanyak 182 kes kesilapan ortografi/ ejaan telah dikenal pasti dan digolongkan kepada lima aspek mengikut tahap kesukaran penguasaan yakni kata angka asas, diikuti kata tanya, kata komunikasi asas, kata ganti nama diri, dan akhirnya kata sapaan. Jenis kesilapan fonologi yang paling kerap direkod adalah penukaran huruf dengan huruf lain. Kesilapan-kesilapan berkenaan adalah berbeza antara pelajar mengikut latar belakang demografi, khasnya negara asal dan bahasa ibunda. Ini mencadangkan bahawa pelajar-pelajar yang berbilang bangsa memerlukan penekanan atau bimbingan yang berbeza. Walau bagaimanapun, pelajar asing setakat ini masih pasif dalam pembelajaran bahasa Melayu kerana lokasi pengajian lebih mendedahkan pelajar terhadap aplikasi bahasa Inggeris. Justeru, peranan guru bahasa dan motivasi pembelajaran amat penting. Selain itu, persediaan kaedah, bahan rujukan dan aktiviti pengajaran bagi menarik minat pelajar juga harus dititikberatkan. Dapatan dan cadangan yang diusulkan ini adalah penting terutamanya bagi bakal tenaga pengajar yang akan berkecimpung dalam bidang pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kajian ini selaras dengan usaha mempromosikan bahasa Melayu di arena antarabangsa dan menjadi pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10 yang berpelan menarik seramai 150 ribu pelajar asing.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Analisis kesilapan dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar asing.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Error analysis; Malay language; Foreign students; Lexical errors; Orthography errors
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Sep 2017 04:57
Last Modified: 07 Sep 2017 04:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57119
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item