UPM Institutional Repository

Kesanggupan membayar penambahbaikan taraf perkhidmatan air di Kuala Terengganu


Citation

Kamaludin, Mahirah and Sandran, Kuna and A. A., Azlina and Radam, Alias (2017) Kesanggupan membayar penambahbaikan taraf perkhidmatan air di Kuala Terengganu. Jurnal Ekonomi Malaysia, 51 (1). pp. 107-118. ISSN 0126-1962

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesanggupan membayar ‘willingness to pay’ (WTP) bagi pengguna domestik di daerah Kuala Terengganu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan air pada masa hadapan. Perkhidmatan air perlu diuruskan secara berkesan berdasarkan penetapan harga air yang cekap memandangkan sebarang peningkatan dalam perkhidmatan air akan melibatkan kos operasi yang sangat tinggi. Kaedah Penilaian Kontinjen (CVM) telah digunakan dalam menentukan kesanggupan membayar para pengguna terhadap harga baharu air yang ditawarkan dan seramai 400 orang pengguna domestik di daerah Kuala Terengganu telah terlibat dalam kajian ini. Model Logit telah digunakan dalam menganalisis data yang diperoleh daripada temu ramah yang dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktpr seperti harga tawaran air yang baharu dan pendapatan isi rumah memaparkan hubungan yang signifikan terhadap kesanggupan untuk membayar para pengguna di daerah tersebut. Purata kesanggupan membayar bagi harga air yang baharu adalah sebanyak RM 0.60 pada 30m3 yang pertama dan harga baharu tersebut adalah lebih tinggi daripada harga air semasa yang ditawarkan. Harga baharu boleh disyorkan untuk menambahbaik taraf dan membangunkan perkhidmatan kepada tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang dalam memenuhi keperluan pengguna yang sering meningkat setiap tahun.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Kesanggupan membayar penambahbaikan taraf perkhidmatan air di Kuala Terengganu.pdf

Download (49kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017.html

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Economics and Management
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Willingness to pay; Contingency valuation method (CVM); Logit model; Water supply services; Terengganu
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Sep 2017 04:30
Last Modified: 07 Sep 2017 04:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57087
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item