Simple Search:

Nilai-nilai murni dalam seuntai himpunan 366 cerita rakyat Malaysia


Citation

Che Yaacob, Mohd Firdaus (2015) Nilai-nilai murni dalam seuntai himpunan 366 cerita rakyat Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini menumpukan kepada penelitian aspek nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kajian ini akan memaparkan kembali cerita rakyat Melayu kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk tingkah laku positif dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kepercayaan khususnya masyarakat Melayu. Oleh demikian, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia (2013) dan merumuskan nilai-nilai murni dalam cerita-cerita rakyat Melayu yang terkandung dalam buku Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia (2013).Seterusnya, pendekatan analisis kandungan kuantitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Dalam kajian ini,penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipilih sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian tersebut. Penelitian dan penghuraian terhadap empat konsep asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi konsep menjana minda, rohani, emosi dan jasmani dilaksanakan sebagai asas deduksi dalam pendekatan kajian. Kajian ini juga berhasil membuktikan beberapa penemuan melalui penelitian terhadap enam belas nilai murni yang menjadi sandaran bagi menonjolkan norma-norma kebudayaan Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa cerita rakyat Melayusememangnyasarat dengan nilai-nilai murni di samping kaya dengan nilai kebudayaan Melayu yang selama ini menjadi gambaran dan pegangan masyarakat Melayu seterusnya menjadi wadah membentuk normayang baik terhadap khalayaknya.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 17RR.pdf

Download (939kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Folk literature, Malay - Malaysia
Subject: Values in literature
Call Number: FBMK 2015 17
Chairman Supervisor: Prof. Madya Normaliza Abd Rahim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 16 Aug 2017 11:21
Last Modified: 16 Aug 2017 11:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56962
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item