Simple Search:

Pelajar UPM Praktik Kemahiran Berkhatan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Pelajar UPM Praktik Kemahiran Berkhatan. [UPM News]

Abstract / Synopsis

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu proses berkhatan kanak-kanak Rumah Nur Salam. Seramai 22 kanak-kanak dikhatankan oleh doktor dari Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dengan dibantu oleh 44 pelajar perubatan tahun ketiga UPM. Dekan FPSK, Prof. Dr. Norlijah Othman berkata Program Amal Kasih Medik itu adalah sebahagian daripada usaha komuniti yang dianjurkan, termasuk mendekati masyarakat. “Selain berbakti kepada kanak-kanak itu, usaha murni ini turut memberi pendedahan kepada 44 pelajar perubatan tahun tiga UPM. Mereka ini berperanan sebagai pembantu kepada dua doktor pakar PPIM untuk melakukan upacara khatan kepada kanak-kanak Rumah Nur Salam yang menyertai program ini,” katanya. Bagi menghidupkan lagi suasana, beberapa anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit, menyiram air kepada kanak-kanak berkenaan sebelum mereka dikhatankan. Program anjuran Kelab Perubatan Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama PPIM dan Rumah Nur Salam yang terletak di Chow Kit di sini. "Saya seronok disimbah air pancutan daripada pili bomba bersama rakan-rakan lain dan menganggap diri sudah dewasa apabila menempuh pengalaman istimewa ini," kata Mahadi, 3 tahun yang merupakan satu-satunya kanak-kanak dari Afghanistan dan termuda.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar_UPM_Praktik_Kemahiran_Berkhatan.pdf

Download (141kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Erni Suraya Abdul Aziz
Date Deposited: 12 Apr 2010 09:05
Last Modified: 27 May 2013 07:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5562
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item