UPM Institutional Repository

Bimbingan dan pementoran berfokus oleh SISC+ BM: impak terhadap kualiti pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah daerah Samarahan, Sarawak


Citation

Said, Rozita Radhiah and Brahim, Mohammad and Md. Sabil, Azhar (2016) Bimbingan dan pementoran berfokus oleh SISC+ BM: impak terhadap kualiti pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah daerah Samarahan, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (2). pp. 131-139. ISSN 2180-0782

Abstract

Transformasi yang berlaku di seluruh dunia ekoran daripada arus globalisasi dan ledakan teknologi maklumat menyebabkan negara malakukan anjakan strategik terhadap visi sistem pendidikan dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu transformasi keguruan sebagai profesion pilihan di bawah kata kunci Kualiti Guru. Berdasarkan dapatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), KPM, dalam tempoh tiga tahun belakangan ini (2011 sehingga 2013), kualiti pembelajaran dan pengajaran masih belum menyerlah. Daripada 30,564 sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diperhatikan, sejumlah 25, 242 (82.59%) pengajaran guru hanya mencapai prestasi pada tahap harapan, memuaskan, lemah, dan sangat lemah. Maka objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti impak program bimbingan dan pementoran terhadap kualiti pengajaran guru-guru mata pelajaran yang dilakukan oleh Pegawai SISC+ (School Improvement Specialist Coaches) secara sepenuh masa. Kajian tinjauan deskriptif digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan program bimbingan dan pementoran turut dirangka dalam tiga mod, iaitu bimbingan dan pementoran secara bersemuka, bimbingan dan pementoran dalam panitia dan bimbingan dan pementoran secara berkelompok. Fokus program bimbingan dan pementoran pegawai SISC+ tertakluk kepada Prosedur Pengoperasian Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu, keutamaan kepada sekolah-sekolah yang berprestasi rendah (Band 5, 6, dan 7). Di daerah Samarahan, Pegawai SISC+ BM telah melaksanakan Program Bimbingan dan Pementoran di sembilan buah sekolah menengah iaitu terhadap 46 orang guru berdasarkan skor dalam Borang Bimbingan Guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program ini amat baik dan relevan untuk membantu guru-guru melaksanakan P&P yang berkualiti. Peningkatan kualiti pengajaran guru telah berjaya dimantapkan walaupun tidak 100% menerusi tiga mod proses bimbingan dan pementoran yang telah dijalankan. Walaupun begitu, masih banyak kajian berkaitan kualiti guru yang perlu dibuat untuk memastikan definisi transformasi kualiti guru benar-benar mampu merealisasikan hasrat negara.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Bimbingan dan pementoran berfokus oleh SISC+ BM impak terhadap kualiti .pdf

Download (6kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.17576/JPEN-2016-41.2-%25x
Publisher: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Transformation; Coaching and mentoring programs; Teachers’ teaching quality; Teaching of the Malay language
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 14 Aug 2018 02:06
Last Modified: 14 Aug 2018 02:06
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/JPEN-2016-41.2-%25x
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/55197
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item