UPM Institutional Repository

Pengaruh latar belakang pelajar pra universiti dalam menguasai tatabahasa Bahasa Melayu


Citation

Daing Melebek, Abdul Rashid (2008) Pengaruh latar belakang pelajar pra universiti dalam menguasai tatabahasa Bahasa Melayu. In: Seminar Antarabangsa Linguitik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-4, 11-12 Nov. 2008, Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 74-80).

Abstract

Bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 Ceraian 1, berbunyi “bahasa kebagsaan bagi negara Malaysia ialah bahasa Melayu." Sejajar dengan itu, kerajaan telah melaksanakan satu dasar pendidikan bahasa yang menyeluruh, sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Langkah pertama ke arah ini ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi secara berperingkat-peringkat hinggalah ke hari ini. Penguasaan bahasa yang baik dalam kemahiran berbahasa Kurikulum Baharu Sekolah Rendah (KBSR) dapat membantu murid-murid mengikuti pelajaran dengan lebih baik dan berkesan. Berdasarkan hakikat ini, maka kemahiran berbahasa diberi penekanan yang berat dalam kurikulum sekolah rendah supaya pada akhir persekolah nanti, murid-murid dapat menggunakan Bahasa Melayu sejajar dengan peringkat perkembangan umur mereka.


Download File

[img] Text
PENGARUH LATAR BELAKANG PELAJAR PRAUNIVERSITI DALAM MENGUASAI.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (553kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Malay language; Pusat Pengajian tinggi
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 27 Sep 2018 08:49
Last Modified: 27 Sep 2018 08:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/55106
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item