UPM Institutional Repository

Keberkesanan mencipta perkataan dalam penterjemahan


Citation

Subramaniam, Vijayaletchumy (2008) Keberkesanan mencipta perkataan dalam penterjemahan. In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-4, 11-12 Nov. 2008, Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 452-455).

Abstract

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru(1994),faedah dapat ditakrifkan sebagai guna atau manfaat.Manakala menciptadapat didefinisikan sebagai menerbit atau menghasilkan sesuatu dengan daya fikiran atau imiginasi (khayalan).Perkataan pula bermaksud,bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang disebutkan atau dituliskan dan sebagainya dengan menggunakan huruf untuk menyampaikan maksud(kata).Manakala penterjemahan boleh dimaksudkan sebagai proses pemindahan teks dari satu bahasa (bahasa sumber) ke satu bahasa lain (bahasa sasaran) tanpa menggugurkan ciri-ciri yang terdapat dalam teks asal.Narnun terdapat pelbagai definisi penterjemahan menurut tokoh bahasa.Cabin (1975),mendefinisikan penterjemahan sebagai proses dimana bahasa yang diucapkan dan ditulis dalam satu bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan teks asal.Manakala J.C Cafford (1965) berpendapat penterjemahan merupakan penggantian bahasa teks dari satu bahasa yang lain dengan konteks bahasa teks yang sama.D.Newmark pula mendefinisikan penterjemahan sebagai satu latihan yang mengandungi usaha untuk menggantikan maklumat bertulls dalam satu bahasa ke bahasa yang lain. Berdasarkan tajuk terse but dapat kita fahami bahawa manfaat yang dapat diperoleh hasil daya fikiran mencipta bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa samaada ditulis atau disebut dengan meggunakan huruf untuk menyampaikan maksud dalam konteks memindahkan teks dari satu bahasa kepada bahasa yang lain dengan memelihara keaslian daripada teks asal.


Download File

[img] Text
KEBERKESANAN MENCIPTA PERKATAAN DALAM PENTERJEMAHAN.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (359kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Malay language; Term
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 27 Sep 2018 09:48
Last Modified: 27 Sep 2018 10:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54991
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item