UPM Institutional Repository

Konsep pemikiran Melayu nusantara dalam peribahasa Melayu


Citation

Mat Hassan, Ahmad Fuad and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2008) Konsep pemikiran Melayu nusantara dalam peribahasa Melayu. In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-4, 11-12 Nov. 2008, Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 421-426).

Abstract

Umum kita mengetahui bahawa peribahasa Melayu itu merupakan hasil ciptaan masyarakat Melayu lama dan telah disampaikan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Peribahasa Melayu telah tumbuh dan berkembang bersama-sama tumbuhnya masyarakat Melayu yang menunjukkan daya pemikiran dan pemerhatian yang tajam terhadap kehidupan dan alam yang berada di sekeliling mereka. Uniknya walaupun peribahasa ini sudah lama dicipta, namun sehingga kini peribahasa Melayu tetap digunakan dalam masyarakat Melayu, malah ada juga masyarakat yang menjadikannya sebagai pegangan hidup. Tradisi pemikiran ini merujuk· pengalaman sesuatu bangsa yang berfikir, merenungi dan memahami alamnya, baik yang ada di sekeliling kehidupan hariannya, iaitu alam yang nyata, mahupun yang abstrak, iaitu alam ghaib. Hal ini telah terbukti dan umum mengetahuinya bahawa telah lahir pemikir Melayu yang hebat seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel dan sebagainya yang telah berjaya merungkaikan konsep-konsep ilmu, bukan sahaja pada ilmu yang nyata ada di sekeliling mereka, malah mereka sudah dapat membicarakan tentang ketuhanan dalam karya-karya mereka. Pengalaman ini semuanya telah membentuk pandangan orang Melayu sejak turun-temurun melalui proses pemikiran, renungan, dan imaginasi yang kreatif dan akliah, pragmatik, dan alamiah.


Download File

[img] Text
KONSEP PEMIKIRAN MELAYU NUSANTARA DALAM PERIBAHASA MELAYU.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (468kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Malay language; Malaysia; Proverb
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 27 Sep 2018 09:47
Last Modified: 01 Oct 2019 07:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54980
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item