UPM Institutional Repository

Keterancaman bahasa di Malaysia: selamatkah Bahasa Melayu?


Citation

Yusop, Mohd Sharifudin (2008) Keterancaman bahasa di Malaysia: selamatkah Bahasa Melayu? In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-4, 11-12 Nov. 2008, Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 258-262).

Abstract

Beberapa sarjana linguistik mula menaruh minat yang serius meninjau fenomena keterancaman bahasa khususnya bermula dekad pertama tahun 1990-an. Schmidt (1990), Robins & Uhlenbeck (1991), Brenzinger (1992) dan Krauss (1992) adalah antara yang tampil dengan anggaran-anggaran angka bahasa yang terbabit. Krauss (1992) menyimpulkan bahawa separuh daripada 6 000 bahasa yang digunakan di dunia adalah dalam keadaan nazak (moribund), iaitu hanya dituturkan oleh orang dewasa yang tidak mengajarkannya kepada generasi muda. Menurutnya, kira-kira 40% lagi akan terancam kerana bilangan kanak-kanak yang mempelajarinya semakin merosot. Jika peratusan tersebut itu diambil sebagai kayu ukur, maka hanya 10% sahaja, iaitu 600 bahasa dunia yang terselamat. Anggaran ini walaupun tanpa angka yang tepat, namun telah mengambil kira bahasa bahasa seluruh dunla, Tinjauan mereka meliputi benua Amerika, Afrika, Australia dan Asia Tenggara. Menurut Thomason (2001) daripada sejumlah kira-kira 6 000 bahasa yang dituturkan di seluruh dunia hari ini, 90% daripadanya akan pupus menjelang 2100. Andaian beliau berasaskan kepada beberapa petunjuk. Yang pertama ialah hakikat bahawa sebahagian besar daripada jumlah 90% yang akan pupus itu ialah bahasa-bahasa ibunda yang tidak lagi diajarkan kepada generasi pewaris sebagai bahasa pertama. Ini kerana bahasa-bahasa dominan seperti Inggeris, Perancis dan Arab sedang menguasai masyarakat dunia sebagai bahasa pertama dan menggantikan bahasa ibunda. Bahasa Inggeris misalnya sedang mendominasi dunia melalui media elektronik khususnya Internet dan medium komunikasi global yang lain seperti telekomunikasi satelit dan tanpa wayar.


Download File

[img] Text
KETERANCAMAN BAHASA DI MALAYSIA SELAMATKAH BAHASA MELAYU.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (488kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Malay language; Malaysia; Language threat; Youngsters
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 27 Sep 2018 09:28
Last Modified: 27 Sep 2018 09:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54975
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item