Simple Search:

Menangani cabaran wanita melalui kajian wacana hadis Nabawi


Citation

Abdullah, Ariza and Abdul Jabar, Mohd Azidan and Mustapha, Nik Farhan and Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah (2016) Menangani cabaran wanita melalui kajian wacana hadis Nabawi. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 8 (1). pp. 42-55. ISSN 1985-496X; ESSN: 2462-2435

Abstract / Synopsis

Wanita pada zaman globalisasi menghadapi pelbagai cabaran intelektual dan fizikal yang memerlukan kerjasama daripada masyarakat dan sokongan pelbagai institusi demi membawa perubahan positif ke dalam masyarakat itu sendiri. Artikel ini bertujuan untuk menampilkan solusi yang dianjurkan oleh Islam melalui apa yang diwarisi melalui Rasulullah SAW sebagai model melalui bahasa hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat baginda terutamanya para wanita zaman itu sendiri. Solusi itu tidak lapuk bahkan mampu membawa perubahan sebagaimana ia telah merubah wanita pada zaman jahiliah menjadi wanita yang bertamadun dan jauh maju ke depan. Ini kerana ia berasaskan manhaj rabbani yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Manhaj ini menjadi jelas bila dicungkil melalui proses sosial yang terkandung di dalam wacana hadis Nabawi. Oleh itu Model Konsepsi Tiga Dimensi Wacana Fairclough (1992) yang menggabungkan analisis sosial dengan analisis tekstual dan amalan wacana digunakan untuk membuktikan praktis sosial wanita ketika itu yang berjaya melepasi cabaran semasa dan memenuhi prinsip manhaj Islami berkenaan para wanita yang digariskan oleh al-Siba’i (1999). Ini kerana kajian sosial sahaja tidaklah mencukupi untuk mencapai kepada solusi bahkan dapatan hanya mencakupi kewujudan masalah dan cabaran golongan wanita. Resolusi daripada kajian al-Moumani (2013), Umar (2011), dan lain-lain menyatakan perlunya kembali kepada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW tetapi tidak memberi solusi praktikal. Kajian melalui wacana hadis ini dapat memberi sumbangan dalam memperbaiki institusi sosial masyarakat dan kekeluargaan yang mencetuskan pelbagai gejala masyarakat di samping menyedarkan kepentingan bahasa sebagai satu solusi sosial. Oleh itu untuk membawa transformasi ke arah pembangunan masyarakat dan negara ialah dengan memperkasakan golongan wanita dalam menghadapi cabaran globalisasi ini.


Download File

[img]
Preview
PDF
Menangani cabaran wanita melalui kajian wacana hadis Nabawi .pdf

Download (73kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Women's issues; Challenges; Transformation; Discourse analysis; Globalization
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 24 Apr 2018 10:47
Last Modified: 24 Apr 2018 10:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54779
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item