UPM Institutional Repository

Maqamat kesufian dalam syair Hamzah Fansuri


Citation

Mohamad, Ab. Halim and Hassan @ Hussin, Omrah (2016) Maqamat kesufian dalam syair Hamzah Fansuri. Jurnal AL-ANWAR, 2 (2). pp. 49-72. ISSN 0128-0279

Abstract

Al-Qusyayri dalam bukunya yang berjudul al-Risalah al-Qusyayriyyah telah menjelaskan sebanyak empat puluh sembilan (49) Maqamat kesufian secara terperinci. Antaranya ialah, taubat, mujahadah, zuhud, takut, tawakkal, muraqabah, ‘ubudiyyah, istiqamah, zikir, doa, tauhid, mahabbah, sawq. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana konsep kedudukan (maqamat) kesufian telah diterapkan oleh Hamzah Fansuri dalam syair kesufiannya. Hamzah Fansuri yang dianggap penyair sufi yang tersohor di Nusantara abad ke-16 ini telah menggunakan syair sebagai salah satu kaedah untuk menyampai ajaran agama Islam dan maqamat kesufian. Teks syair Hamzah Fansuri yang digunakan dalam kajian ini ialah Lampiran (I) Syair-Syair Syeikh Hamzah Fansuri Dalam Naskhah Jakarta MS Jak. Mal. No. 83, dan Lampiran (II) Bait-Bait Hamzah Fansuri dalam buku” Tasawuf Yang Tertindas” tulisan Abdul Hadi Wiji Muthari, terbitan Paramadina, Jakarta, 2001. Hasil kajian mendapati bahawa syair-syair Hamzah penuh dengan maqamat kesufian seperti taubat, zuhud, meninggalkan syahwat tawakal, murah hati, takut, khusuk dan tawaduk, cinta dan sebagainya. Kesemua maqamatyang diterapkan itu merupakan ajaran syariat Islam dan Sunnah Nabi (S.A.W) yang diperlukan dalam ajaran kesufian.


Download File

[img]
Preview
Text
Maqamat kesufian dalam syair Hamzah Fansuri.pdf

Download (74kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Middle Eastern Muslim Graduates Association Press
Keywords: Maqamat; Sufism; Teaching; Poetic; Hamzah Fansur
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 23 Apr 2018 03:55
Last Modified: 23 Apr 2018 03:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54751
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item