UPM Institutional Repository

Kesinambungan warisan budaya masyarakat Melayu pantai timur dalam cerita rakyat untuk kanak-kanak


Citation

Zakeria, Siti Zuhaidah and Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah (2016) Kesinambungan warisan budaya masyarakat Melayu pantai timur dalam cerita rakyat untuk kanak-kanak. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 4 (1). pp. 93-103. ISSN 2289-1706

Abstract

Cerita rakyat merupakan salah satu genre kesusasteraan yang berperanan sebagai ekspresi budaya masyarakatnya. Elemen budaya ini termasuklah peraturan, norma, kepercayaan dan gaya hidup masyarakat dahulu dan masih lagi menjadi amalan daripada generasi ke generasi seterusnya melalui pembelajaran dan warisan turun temurun. Meskipun begitu, telah banyak nilai kebudayaan yang telah terhakis ekoran dengan pembangunan dan perkembangan teknologi dan pendidikan. Walau bagaimanapun, masih ada yang menganggap apabila terus berpegang kepada budaya lama, masyarakat Melayu akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding bangsa lain. Tanggapan ini sedikit sebanyak turut menjejaskan kedudukan kesusasteraan rakyat sebagai produk daripada kebudayaan masyarakatnya hingga ke tahap membimbangkan. Walaupun begitu, budaya tetap tidak boleh dibuang atau dilupakan kerana di dalamnya terkandung sejarah ketamadunan sesebuah bangsa untuk dijadikan panduan sebagai persediaan di masa hadapan. Oleh itu, dua objektif menjadi tunjang kepada penelitian ini iaitu mengenal pasti dan menganalisis kesinambungan unsur budaya yang masih wujud di kalangan masyarakat Melayu melalui cerita rakyat untuk kanak-kanak. Analisis ini merujuk sepenuhnya kepada buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia selenggaraan Othman Puteh juga Aripin Said dan tumpuan hanya diberikan kepada cerita rakyat masyarakat Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia sahaja. Daripada penelitian yang dibuat, tiga unsur budaya dominan dapat dibahagikan iaitu kepercayaan, perubatan dan seni budaya ekspresif. Unsur-unsur ini masih lagi dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Pantai Timur kerana mempunyai nilai didikan dan nilai seni yang melambangkan diri anggota masyarakat Pantai Timur sendiri. Selain itu, elemen budaya yang terselit dalam cerita rakyat bacaan kanak-kanak ini mampu membuka minda generasi muda terutama golongan kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih krisis dan kreatif.


Download File

[img] Text
Kesinambungan warisan budaya masyarakat Melayu pantai timur.pdf

Download (82kB)
Official URL or Download Paper: http://journalarticle.ukm.my/10904/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/IMAN-2016-0401-09
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia Press
Keywords: Folklore; The culture; Children
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 12 Apr 2022 01:28
Last Modified: 12 Apr 2022 01:29
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/IMAN-2016-0401-09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54667
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item