UPM Institutional Repository

Keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua bagi topik geometri


Citation

Awang, Liz Aliza and Ahmad Tarmizi, Rohani and Mohd Ayob, Ahmad Fauzi (2016) Keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua bagi topik geometri. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 6 (1). pp. 1-12. ISSN 2232-0393

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua bagi topik geometri. Pencapaian matematik diukur berdasarkan pencapaian secara keseluruhan dan pencapaian berdasarkan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian ini mengguna reka bentuk Eksperimen Kuasi Pasca Ujian sahaja bagi membandingkan pencapaian matematik murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Seramai 36 murid ditempatkan dalam kumpulan eksperimen dan 36 murid lagi ditempatkan dalam kumpulan kawalan. Murid kumpulan eksperimen menjalani proses pembelajaran matematik menggunakan pengaturcaraan LOGO manakala murid kumpulan kawalan menjalani pembelajaran matematik menggunakan persembahan slaid PowerPoint. Tempoh pelaksanaan kajian adalah selama enam minggu. Instrumen yang digunakan untuk mengukur pencapaian matematik murid adalah ujian pasca yang diadakan sebanyak dua kali. Ujian Pasca I dilakukan sejurus selepas dua minggu kajian dilakukan dan mengukur pencapaian murid dalam topik yang diajar iaitu topik Teorem Pythagoras. Manakala Ujian Pasca II dilakukan selepas enam minggu kajian bermula dan mengukur percapaian murid dalam topik Koordinat. Analisis data telah dilakukan menggunakan ujian-t bebas. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara skor min pencapaian keseluruhan matematik kumpulan eksperimen (min = 75.58, SP = 11.01) dengan pencapaian kumpulan kawalan [(min = 67.94, SP = 10.39) ; t(70) = 3.03, p < 0.05]. Saiz kesan (Cohen, 1992) adalah sederhana (d Cohen = 0.71). Manakala keputusan dalam domain KBAT pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min soalan KBAT bagi kumpulan eksperimen (min = 7.42 , SP = 2.10) dengan kumpulan murid kawalan (min = 5.39, SP = 2.03) dengan nilai t(70) = 4.16 , p < 0.05. Saiz kesan adalah besar ( d Cohen = 0.98).


Download File

[img]
Preview
Text
Keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua bagi topik geometri .pdf

Download (6kB) | Preview
Official URL or Download Paper: https://ejournal.upsi.edu.my/article/2016AR001116

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Institute for Mathematical Research
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: LOGO programming; Mathematics achievement; Achievement in geometry; Higher order thinking skills; Use of technology in learning; Innovation in learning mathematics
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 18 Apr 2018 06:47
Last Modified: 18 Apr 2018 06:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54654
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item