UPM Institutional Repository

Hubungan antara tret personaliti kehematan, keterbukaan pada pengalaman, ekstraversi dan kesetujuan dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia


Citation

Md Nawi, Nurul Hudani and Redzuan, Ma'rof and Md Nawi, Noor Hisham (2016) Hubungan antara tret personaliti kehematan, keterbukaan pada pengalaman, ekstraversi dan kesetujuan dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (1). pp. 102-112. ISSN 2289-8174

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bagi trait personaliti dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Dua set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Five-Factor Model of Personality (NEO PI-R) bagi mengukur personaliti dan soal nselidik prestasi kerja bagi mengukur prestasi kerja individu telah dijalankan ke atas 306 pemimpin pendidik (89%) di 15 buah SBT di Malaysia. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara trait personaliti seperti kehematan (Conscientiousness (r=.740, p<.05), keterbukaan (Openness to experiences (r=.419, p<.05), ekstraversi (Extraversion (r=.596, p<.05), kesetujuan (Agreeableness (r=.386, p<.05) dengan prestasi kerja. Analisis kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan kepentingan dimensi kehematan (Conscientiousness) sebagai domain yang paling kuat berhubungan dengan prestasi kerja berbanding dimensi yang lain. Dari sudut praktikal, penggunaan pemboleh ubah psikologi dan pemilikan hubungan trait personaliti berupaya untuk memperkasakan lagi prestasi kerja sehingga memberi kebaikan kepada institusi pendidikan SBT kerana dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.


Download File

[img]
Preview
Text
Hubungan antara tret personaliti kehematan, keterbukaan pada pengalaman, ekstraversi .pdf

Download (5kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/article/view/185

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Emotional intelligence; Personality traits; School leaders
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 19 Mar 2018 07:09
Last Modified: 19 Mar 2018 07:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54457
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item