UPM Institutional Repository

Amalan pengajaran guru pendidikan Islam dalam menerapkan nilai akhlak murid banduan muda: satu tinjauan awal


Citation

Suhid, Asmawati and Fakhruddin, Fathiyah and Abdul Mutalib, Lukman and Ahmad, Abd. Muhsin (2018) Amalan pengajaran guru pendidikan Islam dalam menerapkan nilai akhlak murid banduan muda: satu tinjauan awal. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3 (9). pp. 17-29. ISSN 0128-164X

Abstract

Salah satu bentuk pembelajaran yang semakin mendapat tempat di negara ini ialah pembelajaran tahfiz. Pembelajaran tahfiz negara ini yang ditawarkan di sekolah agama kerajaan turut meliputi aliran akademik. Oleh itu, murid yang mengikuti pembelajaran tahfiz ini perlu memiliki komitmen yang tinggi bagi memastikan mereka mampu mengikuti pembelajaran dengan baik. Selain itu, aspek adab dan amalan tertentu juga penting dilaksanakan murid bagi menyokong pembelajaran tahfiz yang diikuti. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi meneroka adab dan amalan yang dilaksanakan oleh murid aliran tahfiz tersebut. Temu bual mendalam dijalankan terhadap dua belas orang murid tahfiz yang telah mengikuti aliran ini sekurang-kurangnya tiga tahun. Dapatan menunjukkan bahawa antara adab yang dilaksanakan oleh subjek kajian ialah menjaga niat, menjaga adab dengan guru, adab dengan ibubapa, adab dengan rakan serta memuliakan alQuran. Manakala daripada aspek amalan pula, subjek kajian dilihat berusaha untuk membiasakan diri dengan amalan sunat seperti solat sunat, bangun untuk solat malam, puasa sunat, membaca surah tertentu, berdamping dengan penghafaz al-Quran serta berusaha menghindari maksiat. Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang mengikuti aliran tahfiz perlu melaksanakan beberapa adab dan amalan penting khusus bagi memudahkan pembelajaran tahfiz yang diikuti. Kajian ini mengemukakan cadangan agar pihak sekolah yang menawarkan aliran tahfiz tidak mengabaikan aspek adab dan amalan bagi dilaksanakan murid. Cadangan turut dikemukakan agar guru dan ibubapa juga memberi penekanan kepada aspek adab dan amalan ibadah yang perlu dilaksanakan bagi menyokong proses pembelajaran tahfiz.


Download File

[img] Text
Amalan pengajaran guru pendidikan Islam dalam menerapkan nilai akhlak murid banduan muda.pdf

Download (84kB)
Official URL or Download Paper: http://www.ijepc.com/archived.asm

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Global Academic Excellence
Keywords: Islamic education; Moral education; Young pupil inmates
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Jan 2020 07:03
Last Modified: 15 Jan 2020 07:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54348
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item