UPM Institutional Repository

Faktor ekstralinguistik: motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di 5 universiti di Malaysia


Citation

Mohamad Bakari, Ayuni and Kamaruddin, Rohaidah (2016) Faktor ekstralinguistik: motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di 5 universiti di Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 4 (2). pp. 83-92. ISSN 2289-1706; ESSN: 2289-4268

Abstract

Penyelidikan mengenai hubungan tentang faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di universiti-universiti di Malaysia masih kurang. Menyedari hakikat ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian terhadap faktor ekstralinguistik yang dominan dalam pembelajaran bahasa kedua. Penyelidik berminat untuk mengkaji motivasi sebagai salah satu faktor utama dalam ekstralinguistik. Sebagai kesinambungan daripada usahausaha ini, penyelidik cuba untuk menganalisis faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam pembelajaran bahasa kedua. Sampel kajian terdiri daripada sekumpulan pelajar asing dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Sains Malaysia (USM). Jumlah 150 sampel adalah daripada 27 buah negara. Hasil daripada pemerhatian dan kajian lapangan menunjukkan bahawa pelajar asing memilih Soalan 5 sebagai pemboleh ubah motivasi intrinsik yang dominan. Apabila pelajar asing mempunyai masalah untuk memahami sesuatu di dalam kelas bahasa Melayu, mereka selalu bertanya kepada guru untuk meminta pertolongan. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pergantungan mereka terhadap guru adalah tinggi. Manakala, bagi motivasi ekstrinsik pula, pelajar memilih Soalan 11 sebagai pemboleh ubah yang dominan dalam motivasi. Bagi pelajar asing, belajar bahasa Melayu adalah penting kerana mereka berupaya untuk berinteraksi dengan lebih mudah dengan penutur jati bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, motivasi intrinsik dalam kalangan pelajar asing berada di tahap paling tinggi berbanding motivasi ekstrinsik.


Download File

[img]
Preview
Text
Faktor ekstralinguistik.pdf

Download (5kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Extralinguistic; Second language; Motivation; Foreign students
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/IMAN-2016-0402-08
Publisher: Institute of the Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 12 Mar 2018 03:58
Last Modified: 12 Mar 2018 03:58
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/IMAN-2016-0402-08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54290
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item