UPM Institutional Repository

Komuniti nelayan Muslim: analisis kepentingan dari sudut kehidupan beragama


Citation

Dahalan, Dzuhailmi and Suandi, Turiman and Hamzah, Mohamad Rezal and Uli, Jegak and Othman, Jamilah and Ahmad, Nobaya and Abdullah, Nor Azliza Wanis (2012) Komuniti nelayan Muslim: analisis kepentingan dari sudut kehidupan beragama. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8 (3). pp. 43-51. ISSN 2180-2491

Abstract

Komuniti nelayan merupakan komuniti sosial yang dikaitkan dengan usaha penangkapan hasil laut sebagai mata pencarian. Kebergantungan pada hasil tangkapan menyebabkan para nelayan banyak menghabiskan masa di laut sehingga beberapa hari lamanya. Ini kerana pekerjaan ini sangat dipengaruhi faktor cuaca yang berlaku. Kesibukan sebagai nelayan tidak sepatutnya menjadi alasan bagi seseorang itu daripada tidak mematuhi kewajipan agama yang difardukan. Namun sejauh mana kepentingan dari sudut kehidupan beragama begitu dititikberatkan dalam kalangan ahli komuniti ini. Artikel ini meneliti kepentingan terhadap kehidupan beragama dari kaca mata komuniti nelayan Muslim di Selangor. Hasil kajian yang melibatkan seramai 172 orang nelayan ini menunjukkan majoriti responden tidak menjadikan alasan kesibukan sebagai penghalang bagi mereka menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam. Kajian juga menunjukkan kepentingan kehidupan beragama dalam keluarga serta komuniti setempat turut dititikberatkan oleh responden yang dikaji. Sungguhpun penekanan terhadap kehidupan beragama nampak ketara dalam kalangan responden namun sedikit keanehan yang memungkinkan persoalan keagamaan timbul di mana kajian mendapati majoriti nelayan masih mendapatkan khidmat bomoh/pawang untuk mendapatkan sesuatu perkara yang dihajati.


Download File

[img]
Preview
Text
Komuniti nelayan Muslim.pdf

Download (5kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/18232

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Institute for Social Science Studies
Publisher: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Agama; Kehidupan beragama; Nelayan; Nelayan Muslim; Persoalan akidah; Sosio-ekonomi nelayan
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 07 Jun 2018 03:18
Last Modified: 07 Jun 2018 03:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53642
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item