UPM Institutional Repository

Pegangan agama dalam kalangan belia pelbagai kaum di Malaysia


Citation

Dahalan, Dzuhailmi and Krauss, Steven Eric and Hamzah, Azimi and Sulaiman, Abd Hadi (2014) Pegangan agama dalam kalangan belia pelbagai kaum di Malaysia. e-Bangi, 9 (1). pp. 117-130. ISSN 1823-884X

Abstract

Artikel ini membincangkan tahap pegangan agama dalam kalangan belia awal pelbagai kaum di Malaysia. Dapatan yang dibentangkan secara deskriptif ini merupakan sebahagian daripada dapatan kajian yang lebih besar mengenai Pembentukan Model Risiko dan Faktor Penyebab Fenomena Keluar Agama dalam kalangan Belia di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif ke atas 1893 pelajar tingkatan empat di seluruh negara melibatkan beberapa negeri terpilih. Kajian mendapati belia pelbagai kaum di Malaysia mempunyai tahap pengamalan agama yang rendah. Keadaan yang sama turut berlaku ke atas sosialisasi agama responden dengan rakan-rakan dari sudut perbincangan iman/kepercayaan. Selain itu, kajian turut mendapati faktor ibu bapa dan rakan-rakan sebagai rujukan dalam perkara keimanan begitu penting dari sudut menyokong pegangan iman/kepercayaan belia. Belia dilihat masih memiliki identifikasi pegangan agama yang kuat di dalam menjustifikasikan dirinya dengan agamanya serta dirinya dengan komuniti seagama. Ringkasnya, walaupun agama begitu signifikan dalam kehidupan belia, namun tahap amalan agama dilihat sedikit longgar. Peningkatan sosialisasi agama dengan ibu bapa dan rakan-rakan dilihat berpotensi menyumbang ke arah tahap pengamalan agama yang lebih positif dalam kalangan belia pelbagai kaum di Malaysia.


Download File

[img]
Preview
Text
Pegangan agama dalam kalangan belia pelbagai kaum di Malaysia.pdf

Download (5kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/11078

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Institute for Social Science Studies
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Religious stand; Early youth; Multi-racial; Malaysia
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 06 Jun 2018 06:11
Last Modified: 06 Jun 2018 06:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53586
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item