UPM Institutional Repository

Peranan fasilitator dalam perbincangan kumpulan kelas: ke arah pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi


Citation

Zainal Abiddin, Norhasni and Ismail, Azahari (2016) Peranan fasilitator dalam perbincangan kumpulan kelas: ke arah pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi. MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, 1 (1). pp. 69-76. ISSN 2527-3868; ESSN: 2503-470X

Abstract

Perbincangan adalah pertukaran pendapat ataupun idea. Kaedah perbincangan kumpulan membolehkan pelajar berfikir secara konstruktif serta berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain. Perbincangan menggalakkan pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain. Perbincangan menitikberatkan percakapan, pemerhatian, dan proses pendengaran. Perbincangan juga merupakan kaedah dimana pelajar dan fasilitator bertukar-tukar idea supaya mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu topik. Apabila kaedah perbincangan ini digunakan secara betul, ia merupakan cara yang baik untuk merangsang pemikiran pelajar. Terdapat pelbagai teknik perbincangan yang boleh digunakan (perbincangan panel, simposium, kajian kes, dan sebagainya). Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang unik. Perbincangan kumpulan boleh dijadikan salah satu teknik pengajaran didalam kelas bagi meningkatkan keyakinan pelajar dan juga pembangunan pelajar. Kecemerlangan pelajar tidak hanya tertumpu kepada pembangunan akademik sahaja, tetapi perlu dilihat dari segi sahsiah (kualiti diri dan kepimpinan). Pembangunan sahsiah amat penting dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin, berfikir kreatif dan kritis, berkemahiran dalam berkomunikasi, serta berkemahiran dalam merancang dan membuat keputusan. Artikel ini mengupas peranan perbincangan kumpulan dalam pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi.


Download File

[img]
Preview
PDF
Peranan fasilitator dalam perbincangan kumpulan kelas.pdf

Download (6kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: UPI Press
Keywords: Facilitator; Group discussion; Student; Academic performance; Personality development
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 06 Nov 2017 04:21
Last Modified: 06 Nov 2017 04:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53518
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item