UPM Institutional Repository

Penggunaan kontrak bay‘ al-inah dalam pembiayaan peribadi secara Islam di Malaysia: satu analisis


Citation

Awang, Mohd Daud and Abdullah, Norsazali (2015) Penggunaan kontrak bay‘ al-inah dalam pembiayaan peribadi secara Islam di Malaysia: satu analisis. Muamalat, 8. pp. 167-184. ISSN 1985-6156

Abstract

Kontrak bay‘ al-inah merupakan mekanisma yang mula-mula diperkenalkan dalam pelaksanaan produk pembiayaan Peribadi Islam, walaupun kini kebanyakan institusi kewangan Islam telah beralih kepada prinsip al-tawarruq. Bank Rakyat merupakan bank pertama memperkenalkan produk ini kepada masyarakat Malaysia. Penawaran produk ini merupakan satu usaha bagi memenuhi maslahah atau keperluan masyarakat yang berhajat kepada keperluan tunai. Kajian ini akan menjalankan satu analisa penilaian terhadap kontrak bay‘ al-inah dalam dua aspek iaitu kefahaman terhadap bay‘ al-inah serta pandangan semasa terhadap bay‘ al-inah dalam kalangan ulama dan eksekutif perbankan Islam. Kebanyakan respondan yang ditemubual mengaitkan pelaksanaan kontrak bai‘ al-inah adalah berdasarkan maslahah, namun mereka agak kurang berpuas hati dengan realiti perlaksanaan kontrak ini di bank-bank Islam yang kurang mengikut panduan sebenar yang dinasihatkan oleh badan penasihat syariah. Kini bank-bank Islam telah membuat tranformasi dalam produk pembiayaan peribadi, daripada menggunakan kontrak bay‘ al-inah kepada kontrak al-tawarruq. Namun begitu, kontrak bay‘ al-inah masih terus diamalkan dalam produk-produk tertentu. Kajian ini membincangkan pemahaman dan amalan pelaksanaan bay‘ al-inah dalam sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini juga akan menyentuh kontrak al-tawarruq secara tidak langsung sebagai alternatif kepada kontrak bay‘ al-inah yang menjadi topik utama kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kontrak bay’ alinah merupakan salah satu mekanisma dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam berteraskan maslahah yang menepati syariah Islam.


Download File

[img]
Preview
PDF
Penggunaan kontrak bay‘ al-inah dalam pembiayaan peribadi secara Islam di Malaysia.pdf

Download (123kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Keywords: Culture; Printed advertisement; Spanish; Second person pronouns
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 03 Nov 2017 10:16
Last Modified: 03 Nov 2017 10:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53507
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item