UPM Institutional Repository

Kesan teks bacaan terhadap pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Bahasa Arab di UiTM


Citation

Abdullah, Ibrahim and Mohamad, Ab. Halim (2016) Kesan teks bacaan terhadap pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Bahasa Arab di UiTM. Journal AL-Anwar, 2 (2). pp. 113-124. ISSN 0128-0279

Abstract

Pemilihan teks yang sesuai dengan pengalaman pelajar merupakan asas yang perlu diberi perhatian dalam pengajaran Bahasa. Teks yang susah akan membuatkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari bahasa tertentu, sebaliknya teks yang mudah difahami akan membantu pelajar menguasai bahasa dan meningkatkan minat mereka. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti sejauh mana teks bacaan mudah yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar yang sedia ada dapat memberi kesan kepada minat mereka dalam mempelajari Bahasa Arab. Kajian ini dijalankan ke atas 50 orang pelajar yang telah mengikuti kursus Bahasa Arab pada peringkat permulaan. Kajian menggunakan dua teks bahasa Arab yang berbeza, pertama teks bahasa Arab yang mengandungi 50% jumlah perkataan pinjaman Arab dalam bahasa Melayu seperti ustaz, madrasah, kitab, kalam, dan sebagainya. Kedua, teks Bahasa Arab yang tidak mengandungi kata pinjaman Arab yang diMelayukan. Pelajar diminta membaca dan memahami maksud teks kemudian menjawab soal selidik yang disertakan. Hasil kajian mendapati bahawa mereka boleh membaca teks pertama dan dapat menjawab soalan dengan agak baik. Sebaliknya mereka didapati lemah membaca teks kedua dan gagal menjawab soalan yang kemukakan. Kajian ini membuktikan juga bahawa pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui.


Download File

[img] Text
Kesan teks bacaan terhadap pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Bahasa Arab di UiTM.pdf

Download (81kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur
Keywords: Effect; Arabic text reading; Language learning; Interest; Student’s experience
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 18 Mar 2022 07:12
Last Modified: 18 Mar 2022 07:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53504
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item