UPM Institutional Repository

Nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di negeri Pahang dan Perak, Malaysia


Citation

Mohd Khir, Azlina and Redzuan, Ma'rof and Hamsan, Hanina H. and Mohd Ibrani Shahrimin (2016) Nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di negeri Pahang dan Perak, Malaysia. Al-Hikmah, 8 (2). pp. 97-109. ISSN 1985-6822; ESSN: 2462-1242

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli. Ia juga bertujuan untuk menentukan perbezaan nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan berdasarkan pencapaian akademik responden. Kajian ini melibatkan 402 remaja Orang Asli di negeri Pahang dan Perak yang dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Hasil kajian mendapati responden secara puratanya lemah dalam pelajaran dan mempunyai tahap nilai pencapaian serta orientasi masa hadapan yang sederhana. Kajian juga mendapati nilai pencapaian (F(2, 399) = 11.14; p < 0.01) dan orientasi masa hadapan (F(2, 399) = 28.11; p < 0.01) berbeza secara signifikan berdasarkan tahap pencapaian akademik. Responden yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lebih baik mempunyai tahap nilai pencapaian yang lebih tinggi dan orientasi masa hadapan yang lebih optimis, berbanding rakan yang rendah tahap pencapaian akademiknya. Kesimpulannya, faktor psikologikal seperti nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar. Justeru, dalam usaha mempertingkatkan mutu akademik para pelajar Orang Asli, kedua-dua faktor tersebut perlu diberikan perhatian.


Download File

[img]
Preview
PDF
Nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli .pdf

Download (6kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Department of Da’wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies UKM
Keywords: Achievement value; Future orientation; Academic achievement; Adolescents; Orang Asli
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 25 Oct 2017 09:04
Last Modified: 25 Oct 2017 09:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53386
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item