UPM Institutional Repository

Hubungan antara humor dan stres dengan efikasi swadiri dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling di Daerah Klang, Selangor


Citation

Omar, Fatimah Najihah (2014) Hubungan antara humor dan stres dengan efikasi swadiri dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling di Daerah Klang, Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan utama kajian korelasi ini adalah untuk menentukan hubungan antara humor, stres dan efikasi swadiri dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling di daerah Klang, Selangor. Kajian ini secara khususnya menguji empat hipotesis nul iaitu:(1) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stres dan efikasi swadiri (2) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara humor dan efikasi swadiri, (3) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara humor dan stres, (4) Stres dan Humor bukan peramal kepada Efikasi Swadiri. Responden terdiri daripada 149 guru bimbingan dan kaunseling yang dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah adalah (i) Counselor Self Efficacy Scale (Bodenhorn dan Skaggs, 2005),Cronbach α=.914; (ii) Perceived Stress Scale-10 (Cohen, 1998), Cronbach α=.813; dan (iii) Multidimensional Sense of Humor Scale (Thorson & Powell,1993) Cronbach α=.708. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk memperihalkan tahap pemboleh ubah dan ujian korelasi Pearson untuk mengukur hubungan di antara tahap efikasi swadiri, stres dan humor. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi swadiri adalah tinggi (min=173.50, SD=11.43), tahap stres guru bimbingan dan kaunseling adalah pada tahap sederhana (min=14.54, SD=5.19) dan tahap humor adalah di tahap sederhana (min=53.37, SD=6.42). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan antara tahap stres dengan efikasi swadiri, r(149)=-.261 p<.05. Dapatan juga menunjukan tiada hubungan yang signifikan antara tahap humor dengan tahap efikasi swadiri, r(149)=0.082,p>.05 dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap humor dan tahap stres, r(149)=.099, p>.05. Keputusan analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa stres menyumbang kepada 6.8 % varian kepada hubungan stress dan efikasi swadiri kaunselor F(1,147)=10.708, p<.05;R2=.068. Kesimpulannya, tahap stres mempunyai hubungan yang signifikan tetapi songsang dengan efikasi swadiri kaunselor manakala hubungan antara humor dan efikasi swadiri tidak signifikan. Implikasi kajian ialah kaunselor perlu memantau tahap stres mereka agar efikasi swadiri dalam memberi perkhidmatan kaunseling tidak terjejas.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 49RR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Student counselors
Subject: Counselors - Attitudes
Subject: Humor in education
Call Number: FPP 2014 49
Chairman Supervisor: Maznah Bt Baba, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 21 Jun 2017 05:58
Last Modified: 21 Jun 2017 05:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52164
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item