UPM Institutional Repository

Hubungan tingkah laku kejurulatihan dengan motivasi atlet bola sepak di sekolah sukan Malaysia


Citation

Mohd Noor, Nurhasni (2014) Hubungan tingkah laku kejurulatihan dengan motivasi atlet bola sepak di sekolah sukan Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membandingkan tingkah laku kejurulatihan dalam kalangan jurulatih bola sepak dan mengenal pasti kesannya terhadap motivasi atlet bola sepak sekolah sukan di Malaysia. Seramai 123 orang atlet bola sepak (min umur = 15.30 tahun,SD = 1.61 tahun) dari tiga buah sekolah sukan telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik Coaching Behavior Scale for Sport (CBS-S, 1999) bagi mengukur tingkah laku kejurulatihan dan Sport Motivation Scale (SMS, 1995) bagi mengukur motivasi atlet. Dapatan kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi bagi CBS-S iaitu .96 dengan korelasi item, r = .82 hingga .94 manakala SMS menunjukkan kebolehpercayaan yang mencukupi iaitu .79 dengan korelasi item, r = .59 hingga .88. Analisis deskriptif dan inferens, ujian statistik ANOVA satu hala serta analisis regrasi digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tingkah laku kejurulatihan yang signifikan antara jurulatih bola sepak dalam enam daripada tujuh dimensi tingkahlaku kejurulatihan. Terdapat juga perbezaan signifikan yang ditunjukkan dalam dua jenis motivasi daripada tujuh jenis motivasi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara empat dimensi tingkah laku kejurulatihan dengan enam jenis motivasi atlet. Hanya dimensi hubungan peribadi negatif yang mempunyai hubungan signifikan dengan amotivasi. Analisis regrasi juga menunjukkan dimensi latihan fizikal dan perancangan merupakan pengaruh dominan yang signifikan bagi tingkah laku kejurulatihan terhadap motivasi ekstrinsik dikenalpasti (jJ = .31, p < .05) dan motivasi ekstrinsik peraturan luaran (jJ =.34, p < .01). Manakala hubungan peribadi negatif (j3 = .42, p < .01) merupakan pengaruh dominan terhadap amotivasi atlet. Kajian ini menyimpulkan bahawa penggunaan tingkah laku kejurulatihan yang sesuai semasa sesi latihan dan perancangan latihan dapat meningkatkan motivasi atlet serta pembinaan hubungan jurulatih-atlet yang baik boleh mengurangkan kesan amotivasi dalam kalangan atlet bola sepak muda.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 30RR.pdf

Download (845kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Sports - Psychological aspects
Subject: Sports - Social aspects - Malaysia
Subject: Athletic ability
Call Number: FPP 2014 30
Chairman Supervisor: Prof. Madya Soh Kim Geok, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 09 Nov 2017 03:06
Last Modified: 09 Nov 2017 03:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52160
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item