UPM Institutional Repository

Perkaitan antara perapatan ibu bapa, perapatan rakan sebaya, sokongan sosial dan kecerdasan emosi dalam kalangan delinkuen Melayu di pusat pemulihan akhlak di Semenanjung Malaysia


Citation

Wahab, Rozita (2014) Perkaitan antara perapatan ibu bapa, perapatan rakan sebaya, sokongan sosial dan kecerdasan emosi dalam kalangan delinkuen Melayu di pusat pemulihan akhlak di Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Konsep kecerdasan emosi semakin mendapat perhatian meluas dalam kalangan penyelidik dalam bidang sains sosial. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada kajian lepas lebih tertumpu kepada golongan pelajar atau remaja secara umum. Oleh itu, kajian kali ini dijalankan khusus dalam kalangan delinkuen yang sedang menjalani program pemulihan akhlak di pusat pemulihan. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan antara perapatan ibu bapa, perapatan rakan sebaya,sokongan sosial dan kecerdasan emosi dalam kalangan delinkuen Melayu di pusat pemulihan akhlak di Semenanjung Malaysia. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah 203 orang delinkuen yang berumur antara 11 hingga 19 tahun daripada enam buah pusat pemulihan akhlak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Selangor dan Melaka. Satu set borang soal selidik yang ditadbir sendiri telah digunakan sebagai alat pengumpulan data. Tiga alat pengukuran yang telah digunakan dalam kajian ini adalah The Revised Version of Inventory of Parent and Peer Attachment (R-IPPA), Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), dan Assessing Emotions Scale (AES). Keputusan kajian menunjukkan bahawa majoriti delinkuen yang berada di pusat pemulihan mempunyai tahap kecerdasan emosi yang sederhana, manakala tahap perapatan antara mereka dengan ibu dan rakan sebaya pula berada pada tahap yang tinggi. Tahap perapatan antara delinkuen dan bapa mereka adalah sederhana. Keputusan juga menunjukkan bahawa golongan delinkuen Melayu yang berada di pusat pemulihan akhlak mempunyai tahap sokongan sosial yang tinggi. Selain daripada itu, keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan bagi hubungan antara perapatan ibu (r=0.146, p<0.05), perapatan bapa (r=0.201, p<0.01), perapatan rakan sebaya (r=0.334, p<0.01), dan sokongan sosial (r=0.527, p<0.01) dengan kecerdasan emosi delinkuen Melayu. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa sokongan sosial yang diterima oleh golongan delinkuen Melayu yang berada di pusat pemulihan menjelaskan secara signifikan 30.1% model kecerdasan emosi delinkuen Melayu di pusat pemulihan akhlak di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, kajian merumuskan bahawa faktor-faktor seperti perapatan antara delinkuen dengan ibu bapa dan rakan sebaya, dan tahap sokongan sosial mempengaruhi tahap kecerdasan emosi golongan delinkuen Melayu yang berada di pusat pemulihan di Semenanjung Malaysia.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2014 32RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Emotional intelligence
Subject: Juvenile delinquents - Rehabilitation
Call Number: FEM 2014 32
Chairman Supervisor: Mariani Binti Mansor, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 18 Apr 2017 08:27
Last Modified: 18 Apr 2017 08:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52020
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item