Simple Search:

Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya e-Pembelajaran (eLSE) versi 8.1 menggunakan model pengukuran Rasch


Citation

Din, Rosseni and Ahmad, Mazalah and Kamarul Zaman, Muhammad Faisal and Mohamad Sidek, Norhaslinda and Abdul Karim, Aidah and Johar, Nur Ayu and Jusoff, Kamaruzaman and Zakaria, Mohamad Shanudin and Mastor, Khairul Anwar and Ariffin, Siti Rahayah (2009) Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya e-Pembelajaran (eLSE) versi 8.1 menggunakan model pengukuran Rasch. Journal of Quality Measurement and Analysis, 5 (2). pp. 15-27. ISSN 1823-5670

Abstract / Synopsis

Soal selidik Gaya e-Pembelajaran (eLSE) versi 8.1 telah dibina untuk mengukur kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar mengikut budaya Asia dan persekitaran pembelajaran yang melibatkan penghibridan kaedah pembelajaran bersemuka, dalam talian berasaskan laman sesawang dan pembelajaran kendiri. Kajian ini dilaksanakan untuk menghasilkan bukti empirikal tentang kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik eLSE versi 8.1 dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch. Satu tinjauan telah dilaksanakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap 302 orang pelajar Tahun 3 daripada program TESL, Sains, Sukan dan Rekreasi, Pendidikan Khas dan Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran. Daripada 302 soal selidik yang diedarkan itu, hanya 295 yang telah dikembalikan untuk dianalisis. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik eLSE diukur dengan Model Pengukuran Rasch menggunakan perisian Winstep versi 3.68.2. Ujian keunidimensian mencatatkan varians reja terpiawai sebanyak 29.6% dengan dimensi sekunder terbesar dalam kontras pertama yang mencatatkan varians sebanyak 12.1%. Analisis Rasch menunjukkan indeks kebolehpercayaan responden adalah 0.83 dan indeks kebolehpercayaan item adalah 0.96. Dari sudut polariti item, setiap item dapat menyumbang kepada pengukuran gaya pembelajaran responden kerana nilai PTMEA CORR setiap item melebihi 0.30, iaitu antara 0.31 hingga 0.57. Ujian kepadanan item menunjukkan tiada item dalam soal selidik yang perlu digugurkan kerana nilai min kuasa dua infit item-item terletak di antara 0.82 hingga 1.29 dan nilai min kuasa dua outfit item-item adalah di antara 0.80 hingga 1.40. Item-item dalam soal selidik disusun dalam kontinum menokok untuk pengukuran konstruk gaya e-Pembelajaran. Dapatan ini memberikan kesahan konstruk soal selidik eLSE. Model Pengukuran Rasch telah membuktikan bahawa soal selidik eLSE mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunakan dalam pengukuran gaya e-Pembelajaran.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya e-Pembelajaran (eLSE) versi 8.1 menggunakan model pengukuran Rasch.pdf

Download (39kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Forestry
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Questionnaire validation; Instrument reliability; E-learning learning style; eLSE e-learning style questionnaire; Rasch measurement model
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 02 May 2017 16:03
Last Modified: 02 May 2017 16:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51840
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item