Simple Search:

Persepsi pelajar tingkatan empat terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan kerja kursus dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan


Citation

Balasingam, Rathimalar and Alwi, Nor Hayati (2013) Persepsi pelajar tingkatan empat terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan kerja kursus dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 730-737).

Abstract / Synopsis

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan kerja kursus dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk meneroka persepsi pelajar Tingkatan Empat terhadap tempoh masa yang diberikan dalam melaksanakan kerja kursus, elemen-elemen yang ditaksir dalam kerja kursus dan kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah untuk melaksanakan kerja kursus dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kualitatif menggunakan kaedah temu bual tidak formal yang mengandungi soalan-soalan ‘open-ended‟ ditujukan kepada pelajar. Soalan-soalan ini adalah berasaskan isu-isu yang dihubungkaitkan dengan objektif kajian ini. Analisis dibuat daripada maklum balas yang diberikan oleh kesepuluh responden yang melaksanakan kerja kursus dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Responden yang ditemu bual terdiri daripada tujuh orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Sepat, Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Selangor. Dapatan Kajian menunjukkan bahawa seramai lapan daripada sepuluh responden yang ditemubual menyatakan bahawa tempoh masa selama dua bulan (8 minggu) yang diberikan untuk pelaksanaan kerja kursus adalah tidak mencukupi. Kesemua sepuluh responden yang ditemubual juga menyatakan bahawa elemen-elemen yang ditaksir di dalam kerja kursus dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah terlalu banyak dan berkait antara satu sama lain. Kesemua sepuluh responden yang ditemubual menyatakan bahawa kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah seperti komputer dan alat pencetak adalah tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, menurut responden-responden ini bekalan kertas A4 yang disediakan oleh pihak sekolah untuk penyediaan kerja kursus Prinsip Perakaunan adalah mencukupi. Secara keseluruhannya kajian ini dapat memberi banyak informasi tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pelaksanaan kerja kursus dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.


Download File

[img] PDF
Greduc109 Rathimalar.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (268kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Coursework evaluation; Accounting Principles
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 18:05
Last Modified: 31 Mar 2017 18:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50954
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item