UPM Institutional Repository

Faktor relaps dalam kalangan penagih dadah wanita


Citation

Che Amat, Muhammad Asyraf and Ahmad, Jamaludin (2013) Faktor relaps dalam kalangan penagih dadah wanita. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 635-644).

Abstract

Fenomena penagihan semula merupakan salah satu cabaran sukar dalam proses rawatan dan pemulihan dadah. Di Malaysia, walaupun program rawatan dan pemulihan dadah telah dilaksanakan sekian lama, namun angka penagihan semula terus menunjukkan kadar peningkatan yang ketara. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah faktor yang menyebabkan penagih wanita masih lagi mengambil dadah walaupun telah berulang kali memasuki pusat pemulihan dan menerima rawatan. Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah temu bual bagi memperoleh data. Sampel kajian terdiri daripada empat orang penagih dadah wanita tegar yang pernah memasuki Pusat Pemulihan dan Penagihan Narkotik (PUSPEN) melebihi satu kali. Kajian ini telah dilaksanakan di PUSPEN Bachok, Kelantan iaitu PUSPEN khas untuk penagih-penagih wanita. Enam faktor yang mendorong mereka untuk kembali relaps telah ditemui daripada dapatan kajian iaitu faktor diri sendiri, faktor keluarga, factor pendapatan, faktor penolakan masyarakat, faktor kurangnya pengetahuan dan pengamalan agama dan juga faktor media massa yang mengingatkan kembali kepada kenangan lama. Kajian ini turut memberikan cadangan daripada perspektif penagih bagaimana untuk membantu mereka berhenti daripada penagihan.


Download File

[img] PDF
Greduc094 Muhammad Asyraf Che Amat.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (287kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Relapse factor; Drug addict; Drug addict on relapse; Women
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:02
Last Modified: 31 Mar 2017 10:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50939
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item