UPM Institutional Repository

Kesediaan pelajar Kolej Komuniti Selayang dari aspek minat dan sikap terhadap bidang kemahiran pendidikan teknik dan vokasional (PTV) dalam Sistem Modular Kebangsaan


Citation

Yaapar, Suriyati and Sipon, Merhayati and Mohd Daud, Shaffe (2013) Kesediaan pelajar Kolej Komuniti Selayang dari aspek minat dan sikap terhadap bidang kemahiran pendidikan teknik dan vokasional (PTV) dalam Sistem Modular Kebangsaan. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 613-629).

Abstract

Kajian ini merupakan kajian awal yang dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar Kolej Komuniti Selayang dari aspek minat dan sikap terhadap bidang kemahiran pendidikan teknik dan vokasional (PTV) dalam Sistem Modular Kebangsaan. Pelajar-pelajar Kolej Komuniti Selayang ini dipilih sebagai responden kerana mereka sedang mengikuti kurikulum baharu Sistem Modular Kebangsaan yang berasaskan kepada kaedah pembelajaran tindakan atau AOL (Action Oriented Learning). Seramai 50 orang respoden daripada bidang Kulinari CC301 yang sedang mengikuti pengajian dalam bulan Disember 2012 di Kolej Komuniti Selayang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul melalui borang soal selidik yang mengandungi 18 item untuk mengukur minat dan 16 item untuk mengukur sikap pelajar. Kesahan item dibuktikan daripada kajian terdahulu, manakala nilai indeks kebolehpercayaan item diuji menggunakan cronbach alpha di mana soal selidik bagi minat adalah alpha (α) = 0.926 dan bagi sikap adalah alpha (α) =0.951. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS V21.0. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran min, sisihan piawai dan pekali korelasi untuk dapatan data dan penilaian soal selidik. Dapatan kajian mendapati pelajar mempunyai tahap minat yang tinggi (min keseluruhan = 4.00) dan mempunyai sikap yang sangat positif (min keseluruhan = 4.11) dengan bidang kemahiran (pendidikan teknik dan vokasional). Dapatan analisa SPSS pekali korelasi Pearson menunjukkan dapatan p adalah .00 dan pengkaji merumuskan bahawa sikap dengan minat adalah berkait secara signifikan dengan nilai pekali r =.836 menunjukkan perkaitan yang kuat. Dapatan kajian memberi implikasi kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh pensyarah. Bagi meningkatkan pencapaian dan meningkatkan minat serta motivasi kepada sikap pelajar seharusnya pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar (contohnya kooperatif, simulasi, konseptual) diamalkan agar dapat membentuk sikap yang lebih positif di kalangan pelajar.


Download File

[img] PDF
Greduc092 Suriyati Yaapar.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (563kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Attitudes; Interest; Skills; Sistem Modular Kebangsaan
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:02
Last Modified: 31 Mar 2017 10:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50937
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item