UPM Institutional Repository

Kebolehdapatan tenaga dan hubungannya dengan risiko kecederaan dalam kalangan atlet wanita


Citation

Tamjehi, Suriati and Tengku Kamalden, Tengku Fadilah (2013) Kebolehdapatan tenaga dan hubungannya dengan risiko kecederaan dalam kalangan atlet wanita. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 599-605).

Abstract

Kebolehdapatan tenaga dalam kalangan atlet wanita adalah penting bagi mengekalkan prestasi. Kebolehdapatan tenaga dipengaruhi oleh keseimbangan tenaga. Atlet yang mengalami kebolehdapatan tenaga yang rendah dikatakan tidak mempunyai keseimbangan tenaga. Istilah kebolehdapatan tenaga yang rendah telah mula digunakan sejak tahun 2007 melalui pembaharuan „Position Stand‟ dalam konteks pengklasifikasian individu yang mengalami sindrom Female Athlete Triad bagi menggantikan istilah masalah pemakanan kerana konsepnya yang lebih tepat. Ini kerana, masalah kebolehdapatan tenaga yang rendah boleh juga dialami oleh atlet yang tidak mempunyai masalah pemakanan dan gangguan kitaran haid. Pengiraan kapasiti tenaga melalui rekod jumlah pemakanan yang diambil setiap hari memberikan hasil yang lebih tepat. Kebolehdapatan tenaga yang rendah berpunca samada disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan ataupun pengambilan makanan yang tidak setara/kurang dari keperluan. Ia boleh mengganggu produktiviti dan prestasi seseorang atlet. Lebih membimbangkan, kajian membuktikan bahawa kebolehdapatan tenaga rendah yang kronik boleh mengakibatkan gangguan kepada pembentukan tulang dan sistem reproduktif. Penglibatan dalam acara sukan yang memerlukan bentuk badan yang kurus dikaitkan dengan masalah pemakanan, meningkatkan lagi risiko kebolehdapatan tenaga yang rendah. Kekurangan nutrisi akibat gangguan pemakanan seperti aneroxia nervosa dan ketidakstabilan hormon akan merencatkan pembentukan mineral tulang dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh serta terdedah kepada risiko kecederaan seperti patah tulang atau “stress fracture”. Dengan peningkatan jumlah penglibatan atlet wanita dalam arena sukan, adalah perlu untuk memahami situasi dan kitaran fisiologi mereka seawal usia remaja. Pemeriksaan dan pencegahan awal adalah penting bagi membolehkan mereka menyumbang kepada prestasi sukan negara dalam tempoh yang lebih lama.


Download File

[img] PDF
Greduc090 Suriati Tamjehi.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (441kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Female athlete triad; Energy availability; Menstrual irregularity; Eating disorder; Stress fracture; Low bone mineral density
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:01
Last Modified: 31 Mar 2017 10:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50935
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item