UPM Institutional Repository

Kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA)


Citation

Padzil, Iskandar and Foo, Say Fooi and Basri, Ramli (2013) Kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA). In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 512-517).

Abstract

Kepuasan kerja guru adalah salah satu elemen penting dalam memastikan kebajikan guru dijaga dengan sepenuhnya. Kepentingan kepuasan kerja sebagai salah satu faktor penting kepada pencapaian dan prestasi sesebuah organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di negeri Sabah dan mengenal pasti faktor utama yang mendorong ketidakpuasan kerja dalam kalangan guru. Kajian secara tinjauan ini dijalankan kepada 90 orang guru yang dipilih secara rawak di 3 buah SMKA. Instrumen Job Satisfaction Survey (JSS) yang telah dibangunkan oleh Paul E. Spector (1994) telah digunakan dalam kajian ini dengan skala likert 5. Keputusan kajian mendapati bahawa kepuasan kerja guru berada pada tahap yang sederhana (M=3.39). Daripada 9 dimensi kepuasan kerja guru yang telah diukur, didapati bahawa faktor prosedur kerja paling mempengaruhi ketidakpuasan kerja guru (M=2.84). Prosedur kerja guru yang banyak seperti kerja-kerja perkeranian didapati mendorong guru-guru tidak berpuas hati dengan kerja mereka. Selain itu, beban tugas yang semakin bertambah juga telah menjadikan guru-guru tidak berpuas hati dengan kerja mereka di sekolah.


Download File

[img] PDF
Greduc075 Iskandar Bin Padzil.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (271kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Job satisfaction; JSS; SMKA; Work procedure
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 09:59
Last Modified: 31 Mar 2017 09:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50904
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item