UPM Institutional Repository

Pengurusan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan beban tugas guru


Citation

Mohd Zainon, Baizura and Abdul Kadir, Suhaida (2013) Pengurusan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan beban tugas guru. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 502-506).

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan pengurusan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan beban tugas guru yang dilantik untuk menguruskannya. Bagi tugas yang diarahkan selain daripada tugas hakiki guru iaitu pengajaran dan pembelajaran, isu beban tugas bukanlah perkara yang baharu. Dalam hal ini, kompleksiti sesuatu tugas yang diarahkan boleh menyumbang kepada keadaan di mana guru merasa terbeban. Daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2009 yang dijalankan terhadap pengurusan bantuan KWAPM, didapati teguran-teguran yang dibuat adalah meliputi bidang tugas dan tanggungjawab guru yang dilantik menguruskan bantuan ini di sekolah. Secara tidak langsung, ia menggambarkan berkemungkinan guru yang dilantik merasakan tugas tersebut sebagai suatu bebanan dan tidak dapat melaksanakannya mengikut peraturan yang berkuatkuasa. Oleh yang demikian, dengan menggunakan teori Person-Environment Fit, kertas ini melihat kepada dua aspek yang dirasakan penting bagi mengelakkan guru merasa terbeban iaitu kompetensi guru yang dilantik serta sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbir.


Download File

[img] PDF
Greduc073 Baizura Mohd Zainon.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (280kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Teachers' workload; Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 09:56
Last Modified: 31 Mar 2017 09:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50897
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item