UPM Institutional Repository

Memahami pendekatan kaunseling individu terhadap modal insan di sekolah menengah agama: suatu kajian kes


Citation

Zakaria, Mohd Syukarmi and Ahmad, Jamaludin and Baba, Maznah (2013) Memahami pendekatan kaunseling individu terhadap modal insan di sekolah menengah agama: suatu kajian kes. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 431-439).

Abstract

Penyelidikan ini dilaksanakan untuk memahami pendekatan kaunseling individu terhadap pembangunan modal insan di Sekolah Menengah Agama dalam Negeri Selangor. Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab tiga persoalan kajian iaitu (1) apakah bentuk pendekatan kaunseling individu yang di dijalankan, (2) bagaimanakah penerimaan kaunseling individu dalam kalangan pelajar dan (3) sejauh manakah pendekatan kaunseling individu dapat membantu dalam pembentukan modal insan pelajar. Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji mengaplikasikan metodologi kajian dalam empat bahagian. Pertama, reka bentuk kajian, kedua, kaedah pengumpulan data, ketiga, kaedah penganalisisan data dan keempat ialah kaedah kesahan dan kebolehpercayaan data. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian kes kualitatif berunsurkan kajian penerokaan. Bagi kaedah pengumpulan data, digunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan sumber data sekunder dan teknik temubual berstruktur serta pemerhatian digunakan untuk mendapatkan sumber data primer. Temubual dilakukan terhadap dua orang guru kaunselor dan dua orang pelajar yang pernah menjalani sesi kaunseling. Bagi penganalisisan data pula, data yang telah terkumpul dianalisis dengan membina beberapa tema untuk menjawab persoalan kajian. Hasil daripada analisis kajian ini dapat dirumuskan kepada dua tema utama, pertama kaedah pendekatan kaunseling individu dan kedua ialah keberhasilan kaunseling individu terhadap pembangunan modal insan. Daripada tema pertama tersebut, pengkaji menemukan tiga sub tema iaitu kekerapan sesi kaunseling, kemahiran dan teori yang diaplikasikan. Tema utama yang kedua iaitu keberhasilan kaunseling individu terhadap pembangunan modal insan pula, menemukan tiga sub tema yang menjadi asas perbincangan dalam sesi temu bual tersebut, iaitu program yang dilaksanakan, penerimaan pelajar dan perubahan yang berlaku dalam diri pelajar. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya kaunseling individu yang terbukti mampu membina modal insan pelajar, masyarakat dan negara terus diberikan perhatian.


Download File

[img] PDF
Greduc062 Mohd.Syukarmi.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (281kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Counseling; Human capital
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 09:55
Last Modified: 31 Mar 2017 09:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50871
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item