UPM Institutional Repository

Pengetahuan pengurusan bengkel dalam kalangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu


Citation

Shafie, Sharifah and Abdul Kadir, Suhaida and Asimiran, Soaib (2013) Pengetahuan pengurusan bengkel dalam kalangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 366-372).

Abstract

Bengkel merupakan bilik atau tempat bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknikal khususnya dalam mata pelajaran KHB. Ujian-ujian dan kerja-kerja amali di bengkel atau makmal adalah merupakan sebahagian daripada isi kandungan pengajaran yang hendak disampaikan. Ini adalah kerana ujian-ujian dan kerja-kerja amali di makmal atau bengkel adalah penterjemah kepada teori dan formula yang disampaikan di dalam sesi pengajaran secara teori (Samsul, 2001). Dalam pengurusan bengkel guru merupakan faktor penting yang terlibat dan seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pengurusan bengkel bagi memastikan bengkel dapat diurus dengan baik dan memastikan kerja amali pelajar dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan pengurusan bengkel dalam kalangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sekolah menengah. Borang soal selidik yang mengandungi empat aspek iaitu pengurusan dan pengendalian bengkel, penyenggaraan alatan tangan dan mesin, pengurusan aset alih kerajaan dan amalan keselamatan telah diedarkan kepada 284 orang guru KHB. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru KHB dalam pengurusan bengkel secara keseluruhan berada pada tahap sederhana (M=0.56, SP = .13). Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan pengurusan bengkel berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar.


Download File

[img] PDF
Greduc053 Sharifah Shafie.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (275kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Living Skill workshop; Living Skill teacher; Workshop management
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 09:41
Last Modified: 31 Mar 2017 09:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50852
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item