UPM Institutional Repository

Kecenderungan kerjaya sebagai usahawan dalam kalangan pelajar bumiputera tahun akhir Diploma Perniagaantani, Kolej Profesional MARA Beranang


Citation

Mohd Mustafa, Ummi Aishah and Mohd Daud, Shaffe and Mohd Senon, Maslinda and Mohd Ismail, Nur Baizura (2013) Kecenderungan kerjaya sebagai usahawan dalam kalangan pelajar bumiputera tahun akhir Diploma Perniagaantani, Kolej Profesional MARA Beranang. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 295-303).

Abstract

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Namun begitu bilangan graduan yang berjaya menjadi usahawan adalah pada tahap yang rendah. MARA merupakan salah satu institusi yang menfokuskan langkah untuk mengukuhkan sektor pendidikan keusahawanan. Oleh itu faktor kecenderungan keusahawanan merupakan indikator awal yang penting dalam menentukan pelajar menjadi usahawan kelak. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar tahun akhir program Diploma Perniagaantani di Kolej Profesional MARA Beranang terhadap kerjaya sebagai usahawan. Kajian literatur menunjukkan faktor seperti sikap, motivasi, dan program pengajian mempunyai impak yang penting dalam mempengaruhi kecenderungan seseorang itu untuk menjadi usahawan. Sebanyak 55 jumlah populasi telah dipilih dalam kalangan pelajar tahun akhir program Diploma Perniagaantani di Kolej Profesional MARA Beranang. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada kajian lepas. Data dianalisis menggunakan SPSS. Statistik yang digunakan ialah analisis diskriptif dan kolerasi. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar menjadi usahawan adalah faktor motivasi, program pengajian, dan sikap.Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor motivasi, program pengajian, dan sikap dengan kecenderungan pelajar untuk menjadi usahawan. Kajian mencadangkan supaya para pelajar diberi peluang untuk mengaplikasikan kemahiran keusahawanan di instutut pengajian. selain itu, kursus yang berkaitan perlu diberi penekanan pada aspek kesediaan menghadapi cabaran kepada bakal graduan.


Download File

[img] PDF
Greduc042 Ummi Aisyah & Shafee.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (305kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Career; Entrepreneurship
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 09:40
Last Modified: 31 Mar 2017 09:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50841
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item