UPM Institutional Repository

Persepsi pelajar terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran guru aliran teknikal


Citation

Yacob, Ainudin and Mat Rashid, Abdullah (2013) Persepsi pelajar terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran guru aliran teknikal. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 286-294).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran guru aliran teknikal di Gombak. Responden kajian terdiri daripada 200 orang pelajar teknikal dalam kursus Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik. Instrumen kajian terdiri daripada dua bahagian A dan B dengan respon Skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis dengan bantuan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 19.0. Kedua-dua ujian statistik iaitu deskriptif dan inferensi digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif iaitu peratus, min dan sisihan piawai digunakan bagi menerangkan tahap penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar. Analisis inferensi yang digunakan ialah ujian korelasi Pearson. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan signifikan antara kekerapan penerapan nilai murni dalam pengajaran guru dengan penghayatan nilai murni pelajar. Dapatan menunjukkan tahap penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar aliran teknikal adalah tinggi (M=4.42, SD= .22). Walau bagaimanapun, dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara pelajar aliran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Awam. Begitu juga tiada perbezaan signifikan antara pelajar aliran Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik. Manakala, hasil ujian korelasi Pearson dengan nilai r=.86, p<0.01 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kekerapan penerapan nilai murni dengan penghayatan nilai murni pelajar.


Download File

[img] PDF
Greduc041 Ainudin Yacob.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (365kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Moral values; School students; Teachers
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Mar 2017 04:32
Last Modified: 03 Mar 2017 04:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50840
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item