UPM Institutional Repository

Tahap kemahiran 'employability' dalam kalangan pelajar kejuruteraan


Citation

Md Jali, Mohd Hairi and Mat Rashid, Abdullah (2013) Tahap kemahiran 'employability' dalam kalangan pelajar kejuruteraan. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 272-280).

Abstract

Kajian ini mengkaji kesan latihan industri terhadap kemahiran employability pelajar kejuruteraan. Penyelidik akan melihat tahap kemahiran employability pelajar kejuruteraan yang telah mengikuti latihan industri dan melihat perbezaaan tahap kemahiran employability pelajar berdasarkan jantina dan pencapaian akademik. Selain itu, kajian ini juga mengkaji hubungan antara kemahiran employability pelajar dengan saiz organisasi, jenis organisasi serta work nature latihan industri. Kajian in melibatkan 165 orang pelajar tahun akhir program Sarjana Muda dari pelbagai pengkhususan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif jenis tinjauan yang menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada soal selidik kajian lepas oleh Fitrisehara (2008) yang diadaptasikan daripada Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS). Data dianalisis menggunakan bantuan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS 19.0 for Windows). Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kemahiran employability pelajar kejuruteraan Universiti Putra Malaysia adalah berada di tahap yang tinggi selepas menjalani latihan industri dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran employability dengan saiz dan jenis organisasi latihan industri pelajar. Manakala, terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran employability pelajar dengan work nature latihan industri. Secara keseluruhannya, program latihan industri dapat meningkatkan kemahiran employability yang diperlukan oleh majikan atau industri masa kini.


Download File

[img] PDF
Greduc039 Mohd Hairi Md Jali.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (343kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Industrial training; Employability skills
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Mar 2017 04:33
Last Modified: 03 Mar 2017 04:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50838
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item