Simple Search:

Memperkasa motivasi pencapaian pelajar kolej kediaman melalui pendekatan modul motivasi


Citation

Ahmad, Jamaludin and Rosli, Mohamad Safuan (2013) Memperkasa motivasi pencapaian pelajar kolej kediaman melalui pendekatan modul motivasi. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 172-188).

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan modul motivasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ciptaan Jamaludin Ahmad (2011) terhadap motivasi pencapaian pelajar kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia. Reka bentuk kajian eksperimen telah digunakan untuk menentukan keberkesanan modul motivasi IPT ke atas motivasi pencapaian dengan menggunakan soal selidik Ujian Motivasi Pencapaian (UMP) ciptaan Abu Bakar Nordin (1995). Subjek kajian terdiri daripada pelajar Kolej Kediaman Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia. Bilangan subjek kajian eksperimen adalah 30 orang iaitu 15 orang untuk kumpulan eksperimen dan 15 orang untuk kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen telah diberikan rawatan menggunakan Modul Motivasi IPT manakala kumpulan kawalan tidak menerima apa-apa rawatan. Ujian pra dan ujian pasca telah diberikan kepada 30 orang pelajar tersebut dalam kedua-dua kumpulan. Untuk menguji hipotesis, ujian-t bersandar telah digunakan dan kaedah analisis menggunakan Statistical packages for the Sosial Science (SPSS). Dapatan kajian membuktikan bahawa modul motivasi IPT berkemampuan meningkatkan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia.


Download File

[img] PDF
Greduc027 Jamaludin Ahmad.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (402kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Motivation module; Achievement motivation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Mar 2017 04:33
Last Modified: 03 Mar 2017 04:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50826
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item