UPM Institutional Repository

Hubungan latihan Pendidikan Vokasional Koperatif dengan tahap kompetensi kemahiran employabiliti dalam kalangan perantis program Sistem Latihan Dual Nasional


Citation

Saari, Hazril Azmin and Mat Rashid, Abdullah and Hamzah, Ramlah and Nazri, Mohd Ibrahim (2013) Hubungan latihan Pendidikan Vokasional Koperatif dengan tahap kompetensi kemahiran employabiliti dalam kalangan perantis program Sistem Latihan Dual Nasional. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 172-177).

Abstract

Pendidikan Vokasional Koperatif merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan bersama antara industri dan pusat latihan bagi melahirkan pekerja yang berkemahiran dan memiliki tahap kompetensi kemahiran yang di perlukan oleh majikan kini. Sehubungan itu, satu kajian dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan latihan Pendidikan Vokasional Koperatif dengan kemahiran employabiliti yang dimiliki perantis. Sampel kajian ini terdiri daripada 285 orang perantis yang mengikuti program SLDN dan di Semenanjung Malaysia, yang mengambil Sijil Kemahiran Tahap Dua (SKM) secara tier. Dapatan kajian dianalisis menggunakan ujian t tak bersandar dan faktorial ANOVA. Kajian mendapati terdapat perkaitan yang signifikan antara program latihan iaitu mod latihan, jenis syarikat dan program yang ditawarkan dengan tahap kompetensi kemahiran employabiliti perantis. Oleh kerana terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jenis syarikat, maka ujian Post Hoc Scheffe telah dijalankan bagi menilai sumber kewujudan perbezaan secara terperinci. Hasil kajian dijangkakan dapat dijadikan panduan bagi menilai tahap kualiti pembelajaran dalam melaksanakan Pendidikan Vokasional Koperatif di Malaysia yang menjadi trend pada masa kini.


Download File

[img] PDF
Greduc026 Hazril Azmin Saari.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (301kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Employability skills; Industry support; Apprentice; SLDN; Cooperative vocational education
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Mar 2017 04:24
Last Modified: 03 Mar 2017 04:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50824
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item