UPM Institutional Repository

Kompetensi guru dalam pengurusan kewangan sekolah


Citation

Baharin, Suriyati and Abdul Kadir, Suhaida (2013) Kompetensi guru dalam pengurusan kewangan sekolah. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 106-110).

Abstract

Pengurusan kewangan di sekolah rendah kerajaan merangkumi aspek perancangan penggunaan sumber kewangan, penerimaan sumber kewangan, perbelanjaan, perolehan dan pengurusan aset.Walaupun pentadbir sekolah dan kerani kewangan memainkan peranan utama dalam menguruskan kewangan sekolah, namun terdapat guru yang terlibat dalam aktiviti kewangan sekolah yang tertentu.Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti kompetensi guru dalam pengurusan kewangan sekolah khususnya dalam aspek peruntukan bantuan perkapita geran (PCG), Panjar Wang Runcit (PWR), pembelian barang / aset dan pengurusan barang / aset sekolah.Kaedah yang digunakan berbentuk tinjauan dan melibatkan 169 guru sekolah rendah di Seremban. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi guru dalam pengurusan kewangan sekolah adalah pada tahap rendah. Memandangkan guru juga terlibat dalam beberapa aktiviti kewangan sekolah, dapatan kajian ini menunjukkan keperluan guru mengikuti latihan berkaitan dengan pengurusan kewangan.


Download File

[img] PDF
Greduc016 Suriyati Baharin.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (399kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Competence; School assets; Financial management; School management; PCG
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Mar 2017 04:25
Last Modified: 03 Mar 2017 04:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50802
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item