UPM Institutional Repository

Beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam Negeri Kedah


Citation

Shafie, Sharifah (2014) Beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam Negeri Kedah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tekanan kerja atau stres merupakan tekanan yang timbul hasil daripada kerja atau profesion seseorang. Implikasi daripada tekanan kerja boleh menjejaskan psikologi dan fisiologi seseorang. Guru yang mengalami tekanan kerja akan rendah dari segi kualiti kerja, dedikasi, motivasi, kreativiti, komitmen terhadap tugas, ketrampilan, etika dan moral yang seterusnya akan menjejaskan kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah sekolah dan memberi kesan buruk terhadap pencapaian pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tekanan kerja guru KHB, jumlah beban tugas guru dalam pengurusan bengkel dalam menjalankan tugas rasmi serta mengkaji tahap kemahiran guru dalam pengurusan bengkel. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara beban tugas dan kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja dalam kalangan guru KHB. Kajian ini juga bertujuan membandingkan beban tugas dan kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja guru. Responden terdiri daripada 284 orang guru yang mengajar mata pelajaran KHB di sekolah menengah di negeri Kedah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan (survey) dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen tekanan kerja guru menggunakan Profesional Life Stress Scale (PLSS) oleh Fontana & Abouserie (1993) dan soal selidik Physiological and Psychological Symptoms oleh (Gmelch, 1982; Walt, 1987) yang telah diubahsuai oleh pengkaji sebelum ini (Anwar Faiz, 2011). Manakala instrumen kajian bagi bahagian beban tugas guru adalah menggunakan soal selidik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007) dalam kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru. Item bagi kemahiran pengurusan bengkel pula dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan (BPTV, 2007; Hassan et al., 1977; (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008)). Analisis deskriptif tahap tekanan kerja dalam kalangan guru KHB menunjukkan ianya berada di tahap sederhana (M=2.51, SP=.53). Dapatan juga menunjukkan purata jumlah beban tugas guru dalam melaksanakan tugas dalam empat aspek iaitu kurikulum, kewangan, pengurusan dan pentadbiran dan pembangunan fizikal sekolah ialah 47.86 jam seminggu. Tahap kemahiran guru dalam pengurusan bengkel pula berada pada tahap sederhana (M=3.47, SP=.62). Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja [r (284) = -.206, p<.01] tetapi tiada hubungan yang signifikan antara beban tugas keseluruhan dengan tekanan kerja [r (284) = .068, p>.05]. Beban tugas bagi aspek pengurusan dan pentadbiran [r (284) = .140, p<.05] serta kewangan [r (284) = .148, p<.05] menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan tekanan kerja dan kekuatan hubungan adalah kecil. Analisis perbezaan tahap beban tugas dengan tekanan kerja menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F(2,281) = 1.525, p=.219) manakala analisis perbezaan tahap kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (F(2,281) = 4.026, p=.019). Daripada dapatan kajian ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa guru KHB terbeban dan tertekan dengan tugasan berkaitan pengurusan dan pentadbiran iaitu tugasan yang berkaitan dengan pengurusan bengkel. Di samping itu juga tahap kemahiran yang rendah dalam pengurusan bengkel juga telah menyebabkan mereka tertekan. Oleh itu, pihak pentadbir di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta Kementerian Pendidikan Malaysia diharapkan dapat memainkan peranan dalam membantu meningkatkan kemahiran guru KHB dalam pengurusan bengkel dengan menganjurkan kursus peningkatan profesionalisme pengurusan bengkel. Bagi meringankan beban guru KHB, Kementerian Pendidikan perlu menyediakan pembantu bengkel atau seorang pembantu tadbir bagi membantu guru KHB dalam menguruskan bengkel. Dengan adanya kerjasama dan keprihatinan daripada pelbagai pihak, tekanan kerja dapat dikurangkan dan guru-guru akan dalam melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 43RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Stress management
Subject: Work - Psychological aspects
Subject: Teachers - Kedah
Call Number: FPP 2014 43
Chairman Supervisor: Suhaida Binti Abdul Kadir, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 19 May 2017 04:36
Last Modified: 19 May 2017 04:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50632
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item