UPM Institutional Repository

Hubungan antara efikasi keusahawanan dengan tekad keusahawanan tani dalam kalangan pelajar pertanian


Citation

Ibrahim, Mohd Zailani (2014) Hubungan antara efikasi keusahawanan dengan tekad keusahawanan tani dalam kalangan pelajar pertanian. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti tekad keusahawanan tani pelajar pertanian dan hubungannya dengan ciri-ciri keusahawanan,efikasi keusahawanan dan nilai sosial usahawan tani. Kajian inienggunakan kaedah tinjauan deskriptif di mana responden kajian terdiri daripada 589 pelajar tingkatan 4 pertanian yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) dalam Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Kajian ini dibina berasaskan teori Tingkah Laku Terancang oleh Ajzen (1991). Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi lima bahagian, iaitu tekad keusahawanan tani, ciri-ciri keusahawanan, efikasi keusahawanan, nilai sosial usahawan tani dan demografi responden. Keputusan dari kajian mendapati bahawa tahap tekad keusahawanan tani pelajar pertanian keseluruhannya ialah pada tahap sederhana tinggi (min=3.79, SP=.65),manakala terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara efikasi keusahawanan (r=.64, p<.05), nilai sosial usahawan tani (r=.43, p<.05) dan ciri-ciri keusahawanan (r=.28, p<.05) dengan tekad keusahawanan tani. Sebagai rumusan, tekad keusahawanan tani pelajar pertanian keseluruhannya adalah sederhana tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan tekad keusahawanan tani dengan ciri-ciri keusahawanan, efikasi keusahawanan dan nilai sosial usahawan tani. Oleh itu perancangan dan pelaksanaan program-program yang boleh meningkatkan ciri-ciri keusahawanan, efikasi keusahawanan dan nilai sosial usahawan tani adalah penting bagi meningkatkan tekad keusahawanan tani pelajar agar pelajar pertanian berkeyakinan penuh untuk menjadi usahawanan tani yang berjaya.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 39RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Entrepreneurship
Subject: Secondary school - Malaysia
Subject: Agriculture - Study and teaching
Call Number: FPP 2014 39
Chairman Supervisor: Ramlah Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 09 Mar 2017 04:24
Last Modified: 09 Mar 2017 04:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50628
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item