UPM Institutional Repository

Keberkesanan penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran aspek perbendaharaan kata bahasa Inggeris di peringkat kanak-kanak prasekolah


Citation

Boo, Meau Sin (2013) Keberkesanan penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran aspek perbendaharaan kata bahasa Inggeris di peringkat kanak-kanak prasekolah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian multimedia terhadap pencapaian kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Perisian multimedia dalam kajian ini telah dibandingkan dengan pendekatan konvensional. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti perbezaan jantina dalam pencapaian perbendaharaan kata bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang kanak-kanak tadika yang berumur enam tahun. Kumpulan eksperimen diajar menggunakan perisian multimedia manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional. Data dikutip menggunakan ujian pencapaian. Data kuantitatif dianalisis menggunakan ujian-t untuk menguji hipotesis kajian yang ditetapkan iaitu untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian multimedia. Keputusan analisis ujian-t menunjukkan bahawa perisian multimedia lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran perkataanperkataan daripada menyampaikannya menggunakan pendekatan konvensional. Dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Namun begitu, dapatan kajian secara ujian statistik pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian perbendaharaan kata di antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan bagi kedua-dua kumpulan. Secara amnya, perisian multimedia merupakan pendekatan yang berkesan dalam membantu kanak-kanak mengingati dan menggunakan perkataan-perkataan baharu dengan mudah di prasekolah khususnya di Malaysia dalam meningkatkan perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak. Oleh itu, guru bahasa Inggeris digalakkan lebih fokus kepada kepentingan perbendaharaan kata dan strategi pengajaran perbendaharaan kata yang sedia digunakan di dalam kelas mereka.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 35RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teaching - Computer-assisted instruction
Subject: Educational technology
Subject: English language - Vocabulary
Call Number: FPP 2014 35
Chairman Supervisor: Shaffe Bin Mohd Daud, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 17 May 2017 04:30
Last Modified: 17 May 2017 04:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50621
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item